assata shakur

Tujuan penahanan banduan dalam penjara, bertujuan untuk memastikan banduan tidak dapat melarikan diri daripada kawasan tahanan. Namun, seperti perkara lain dalam kehidupan, pasti ada pengecualiannya, terutama sekali apabila banduan sendiri tidak mengendahkan peraturan yang ada.

Melarikan diri daripada penjara yang dikawal ketat adalah bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi tidak mustahil. Kakitangan penjara juga adalah manusia biasa yang kadang-kala terleka, menyebabkan banduan-banduan melihat kecuaian ini sebagai peluang meloloskan diri.

Dengan ini iluminasi.com ingin berkongsi dengan para pembaca 6 penjenayah yang berjaya meloloskan diri daripada penjara dan tidak berjaya ditangkap semulaa.

6. Franz Von Werra

franz von werra penjenayah yang berjaya melarikan diri daripada penjara dan gagal ditangkap semula

Franz Von Werra, dilahirkan di Switzerland dan merupakan seorang Nazi pada Perang Dunia Kedua, adalah juruterbang pejuang hebat pasukan udara Nazi. Pada tahun 1940, pesawat yang dipandunya ditembak jatuh di England ketika serbuan pengeboman, dan dia ditangkap.

Franz dibawa ke sebuah kem penjara di Kanada pada tahun 1941, tetapi berjaya meloloskan diri dan tidak berjaya ditangkap semula. Ketika itu Franz merancang untuk melarikan diri ke Amerika Syarikat kerana pada masa itu AS merupakan negara neutral perang. 

franz von werra penjenayah yang berjaya melarikan diri daripada penjara dan gagal ditangkap semula 2

Selepas keluar dari Kanada, Franz kemudiannya memasuki Mexico dan Amerika Selatan di mana dia berjaya mendapatkan pengangkutan ke Sepanyol, dan kembali ke Jerman. Selepas pulang, Franz dinamakan sebagai wira perang dan dianugerahkan gelaran berprestij.

Dia juga ditugaskan untuk mempertingkatkan taktik penyoalan terhadap banduan kerana pengalamannya sebagai banduan. Dia juga meneruskan beberapa pengeboman ke atas Rusia sehinggalah pada Oktober 1941, apabila ketika berada dalam penerbangan latihan, dia telah terbabas dan mendarat di Laut Utara, yang membunuhnya.

5. William Maxwell

william maxwel penjenayah yang berjaya melarikan diri daripada penjara dan gagal ditangkap semula 2

Pada tahun 1715, William Maxwell, seorang bangsawan Katolik telah telibat dalam pemberontakan Jacobite di England. Ini adalah pemberontakan yang tidak berjaya yang berlangsung dari 1688 hingga 1746 dalam usaha untuk kembali ke takhta kerajaan Inggeris yang telah digulingkan.

William telah dikurung di Menara London, kerana didapati bersalah atas kesalahan khianat, dan dihukum bunuh. Isterinya, Lady Nithsdale melawat William di London sebelum pelaksanaan pembunuhan yang dijadualkan pada thaun 1716.

Isterinya membawa bersama beberapa orang pekerja wanita dan berjaya menyeludup masuk satu set tambahan pakaian wanita. William kemudiannya memakai pakaian tersebut dan keluar dari penjara dengan mudah bersama isterinya.

William kemudiannya melarikan diri dari England sambil menyamar sebagai pelayan duta Venesia, dan memohon perlindungan di Rom. Bimbang akan suaminya, Lady Nithsdale menyertai suaminya di Rom.

4. George Wright

george wright penjenayah yang berjaya melarikan diri daripada penjara dan gagal ditangkap semula 2

Seawal usia 19 tahun, George Wright dan tiga yang lain telah melakukan serangan rompakan bersenjata di Ashbury Park, New Jersey. Dalam satu rompakan, seorang veteran Perang Dunia Kedua telah dibunuh oleh kumpulan ini.

George ditangkap pada tahun 1963 dan menerima hukuman penjara 15-30 tahun kerana membunuh. Dia dihantar ke Leesburgh State Prison di New Jersey. Selepas 7 tahun, George melihat terdapat jurang pada keselamatan dalam penjara, membuatkan dia dengan mudah berjalan ke pagar utama dan mencuri kereta warden penjara.

george wright penjenayah yang berjaya melarikan diri daripada penjara dan gagal ditangkap semula

Ketika dalam pelarian dan semasa di Detroit, Michigan, George memutuskan untuk menyertai Black Liberation Army bersama rakan sejenayah yang lain, membuatkan dia merampas sebuah pesawat komersial. Dengan berpakaian seperti seorang paderi, George mengeluarkan sepucuk pistol dan merampas pesawat tersebut.

Pesawat tersebut berhenti di Boston untuk mengisi minyak dan berlepas ke Algeria, di mana mereka dibenarkan untuk mendarat. Selepas 31 tahun, FBI berjaya menjejaki George tinggal di Lisbon, Portugal.

Dia ditangkap oleh pihak berkuasa tempatan, namun enggan mengekstradiri George balik ke Amerika Syarikat kerana dia sudah menjadi warga Portugal dan tidak melakukan apa-apa jenayah di Portugal. Kini, George Wright bebas hidup di Portugal.

3. Maze Prison Escape

maze prison escape penjenayah yang berjaya melarikan diri daripada penjara dan gagal ditangkap semula 2

Insiden meloloskan diri daripada penjara paling besar dalam sejarah British berlaku pada 5 September 1983. Dalam insiden ini, banduan-banduan yang juga merupakan ahli kepada Tentera Republikan Ireland (IRA) dan penduduk H-Block 7 berjaya meloloskan diri.

38 orang ahli kumpulan IRA terlibat dalam insiden ini, yang mana menggunakan rancangan yang mudah, iaitu kekerasan. Mereka menyerang dan menguasai pengawal-pengawal dan merampas senjata. 

maze prison escape penjenayah yang berjaya melarikan diri daripada penjara dan gagal ditangkap semula

Mereka kemudiannya masuk ke dalam trak beramai-ramai dan memandu keluar daripada kawasan penjara. Daripada 38 orang, hampir separuh daripada mereka berjaya ditangkap semula manakala yang lain melarikan diri ke Amerika Syarikat, hidup sebagai pelarian.

Pada tahun 2000, kerajaan British memperluaskan "olive branch" dengan memberikan pengampunan secara rasmi kepada mereka yang masih dalam pelarian. Penjara Maze yang terkenal ini kemudiannya ditutup pada lewat tahun 2000. 

2. Vassilis Paleokostas

vassilis paleokostas penjenayah yang berjaya melarikan diri daripada penjara dan gagal ditangkap semula

Dikenali oleh orang Greece sebagai Robin Hood Yunani, Vassilis adalah seorang perompak bank. Vassilis terkenal kerana memberikan barang rompakannya kepada orang awam.

Untuk jangka masa yag panjang, Vassilis tidak dapat ditangkap, namun pada tahun 2000, dia ditangkap kerana menculik. Dalam satu insiden pada tahun 2006, dia berjaya meloloskan diri daripada penjara.

vassilis paleokostas penjenayah yang berjaya melarikan diri daripada penjara dan gagal ditangkap semula 3

Vassilis diselamatkan daripada penjara apabila sebuah helikopter mendarat di halaman penjara, memperdaya kakitangan penjara bahawa pegawai pemeriksaan telah tiba. Namun, Vassilis tidak lama bebas apabila ditangkap sekali lagi dan dipenjara.

Namun dia sekali lagi berjaya melarikan diri daripada penjara menggunakan teknik yang sama. Dan sejak itu, dia kembali merompak bank dan berkongsi dengan orang ramai, dan masih bebas.

1. Assata Shakur

assata shakur penjenayah yang berjaya melarikan diri daripada penjara dan gagal ditangkap semula

JoAnne Deborah Byron, atau lebih dikenali sebagai Assata Shakur lahir di New York pada tahun 1947. Dia adalah ahli kumpulan Black Panther Party dan Black Liberation Army pada tahun 1960an dan 70an yang bergola.

Assata disyaki melakukan beberapa jenayah di antara tahun 1971 hingga 1973. Selepas diburu oleh pihak berkuasa dari negeri ke negeri, memuncak sehingga berlakunya tembak-menembak yang mengakibatkan seorang pegawai tentera New Jersey terbunuh, akhirnya Assata ditangkap.

assata shakur penjenayah yang berjaya melarikan diri daripada penjara dan gagal ditangkap semula 2 460 905

Untuk beberapa tahun kemudian dia keluar masuk mahkamah sehinggalah disabitkan kesalahan kerana membunuh pada tahun 1977 dan dipenjarakan. 2 tahun kemudian pada tahun 1979, Assata dibebaskan dari penjara oleh beberapa orang banduan yang lain yang menjadikan pengawal sebagai tebusan dan mendapatkan sebuah van untuk melarikan diri.

assata shakur quotes

Selepas beberapa tahun melarikan diri daripada pihak polis, Assata terbang ke Cuba dan diberikan suaka politik pada tahun 1984. Kini Assata masih di Cuba sebagai seorang wanita yang bebas. Pada tahun 2005, FBI mengisytiharkan Assata sebagai pengganas domestik dan dia dimasukkan ke senarai pengganas yang paling dikehendaki pada tahun 2013. 


tags : , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)