Di sesebuah negara, selalunya terdapat adat resam dan budaya yang sangat unik dan tidak boleh didapati di negera lain. Budaya ini selalunya diperkenalkan oleh orang terdahulu dan diwarisi kepada generasi seterusnya sehinggalah generasi sekarang.

Tahukah anda di bahagian barat negara Turkey, terdapat budaya pelik iaitu pertandingan lawan antara unta. Untuk pertandingan pelik ini, hanya unta-unta jantan yang akan terlibat di mana pelik unta akan memakaikan unta mereka dengan hiasan dan pakaian yang menarik sebelum di bawa berarak. Pada malam sebelum pertandingan, pemilik-pemilik unta ini akan menghadiri satu majlis makan makan untuk beramah mesra dan berkenalan dengan pemilik-pemilik unta lain.

Kredit gambar: Jose Alemañ Asensi

Walaubagaimanapun, terdapat satu masalah mengenai pertandingan ini memandangkan secara semulajadinya, unta bukanlah binatang yang gemar berlawan antara satu sama lain. Jadi untuk menggalakkan unta-unta tersebut berlawanan, pertandingan ini selalunya akan diadakan ketika musim unta membiak di mana unta betina akan dijadikan umpan untuk menggalakanna unta-unta jantan ini berlawan.

Tidak seperti pertandingan lawan yang lain, perlawanan selalunya mengambil masa selama 10 minit sahaja dan tamat apabila salah seekor unta duduk di atas lawannya atau salah seekor unta melarikan diri.

Pertandingan ini diperkenalkan kira-kira 2400 tahun dahulu dan penganjurannya semakin berkurang disebabkan harga unta yang mahal dan mendapat tentangan daripada aktivis pencinta haiwan.

unta cantik

Kredit gambar: Peter Yenney

unta jantan

Kredit gambar: Peter Yenney

unta

Kredit gambar: Peter Yenney




Hakcipta iluminasi.com (2017)