Kadang kala, kurangnya kesedaran terhadap kelemahan kita sebagai spesis disebabkan oleh ancaman tertentu. 

Pada mulanya, kita menyedari akan beberapa kes penyakit baru yang tidak begitu penting, yang berlaku jauh dari kita. Kemudiannya, ia mula tersebar dan kematian semakin meningkat.

Kita mula tertanya-tanya adakah pandemik baru ini akan membunuh berpuluh-puluh juga nyawa, sebagaimana yang dilakukan oleh Selesema Sepanyol pada tahun 1918?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kisah koronavirus baharu yang pertama kali dilaporkan di Wuhan, China, kini kelihatan telah mencapai tahap di mana orang awam yang kurang memberi perhatian kini bertukar menjadi kebimbangan dan malah ketakutan.

Ia menyebabkan radang paru-paru, dan kini lebih daripada 2,800 kes di seluruh dunia yang telah meragut 80 nyawa di China.

Pihak berkuasa juga mengesahkan virus ini boleh dipindahkan di antara manusia. Penjualan topeng muka melonjak naik. Kes-kes dilaporkan di banyak negara jiran dan sejauh Amerika Syarikat.

selesema sepanyol 1918

Pertubuhan Kesihatan Dunia juga telah mengadakan mesyuarat kecemasan.

Dua faktor lain telah menyemarakkan kebimbangan ini. Pertama adalah ia berlaku ketika perayaan Tahun Baru Lunar, di mana beratus juta orang di China pulang ke kampung halaman.

Yang kedua ialah pengendalian China terhadap sindrom pernafasan akut yang teruk (Sars) pada tahun 2003.

Pihak berkuasa telah menutup masalah ini untuk tempoh beberapa bulan dan skala sebenar hanya didedahkan oleh doktor-doktor yang berani.

Pakar-pakar perubatan percaya bahawa sebahagian daripada 800 kematian di seluruh dunia mungkin boleh dielakkan jika China menyediakan maklumat lebih tepat pada masanya.

China masih mengawal berita dan media sosial dengan sangat ketat, menyekat maklumat yang dianggap boleh merosakkan.

Ketika di awal penyebaran virus baharu ini, China melaporkan jumlah pesakit yang dijangkiti adal sebanyak 300 orang.

Namun para penyelidik dari Imperial College London menganggarkan bahawa jumlah tersebut adalah lebih tinggi, iaitu sekitar 1,700.

koronavirus merebak 883

Sesetengah hospital juga mungkin tidak memeriksa pesakit, dan juga terdapat kemungkinan bahawa sesetengah pesakit tidak mendapatkan rawatan perubatan.

Namun kali ini, Beijing telah bertindak balas dengan lebih pantas dan kuat berbanding tahun 2003, dan menawarkan lebih banyak maklumat.

Presiden Xi Jinping menegaskan perlunya wabak itu ditangani dan badan politik China yang bertanggungjawab terhadap undang-undang dan perintah telah memberi amaran kepada pegawai bahawa mereka yang menyembunyikan atau menangguhkan melaporkan kes, dengan amaran "akan dipaku pada tiang malu untuk selamanya".

Terlalu sedikit maklumat yang ada ketika ini untuk membuat kesimpulan yang kukuh tentang virus ini, dan bahayanya tidak boleh dipandang remeh.

Kesannya telah dirasakan oleh golongan muda, warga tua dan mereka yang mempunyai masalah perubatan sedia ada.

Malah, terdapat kebimbangan bahawa ia boleh berubah menjadi sesuatu yang lebih buruk.

wabak ebola di republik demokratik kongo

(Wabak Ebola melanda Republik Demokratik Kongo)

Tetapi setakat ini, virus ini tidak terbukti boleh berjangkit semudah Sars, atau tidak mempunyai kadar kematian yang tinggi seperti sindrom pernafasan Timur Tengah (MERS).

Dan pakar kesihatan berkata China dan Asia Tenggara mempunyai prosedur pengawasan dan pelaporan lebih kuat berikutan berlakunya Sars dan wabak lain.

Sementara itu, wabak Ebola di Republik Demokratik Kongo yang mana lebih jauh sukar untuk dikendalikan, masih kekal menjadi kebimbangan kesihatan awam yang serius, tetapi hanya mendapat sedikit perhatian sahaja daripada masyarakat dunia.

Membunyikan penggera amaran apabila ia tidak perlu, sebenarnya mempunyai bahaya yang tersendiri.

Orang ramai mungkin akan tidak memberikan perhatian lagi pada masa akan datang, atau mungkin boleh bertindak balas secara keterlaluan ketika ini.

koronavirus china

Sekatan pergerakan yang ketat boleh menjadi perkara yang membuatkan orang berasa mereka harus melarikan diri.

Begitu juga, mendiamkan hasil perbincangan boleh memberikan kesan buruk, terutamanya dalam dunia di mana maklumat atau khabar angin yang tidak berasas dapat dikongsi begitu cepat.

Adalah penting untuk pihak berkuasa China di semua peringkat bersifat terbuka tentang wabak ini, serta bersungguh-sungguh dalam menanganinya.

Selebihnya iaitu kita semua di seluruh dunia, perlu memberikan perhatian rapat dan berjaga-jaga.

Wabak baharu sememangnya membimbangkan, tetapi kita perlu memberi peluang kepada pihak berkuasa dan diri kita sendiri untuk memperbaiki persiapan kita untuk ancaman seterusnya.

Tak kiralah sama ada melalui peningkatan perbelanjaan penyelidikan atau pemahaman bahawa komunikasi itu sendiri adalah sama penting untuk mengawal penyakit, sebagaimana membasuh tangan dan vaksin.

Adakah kita perlu panik?

perlukah kita panik dengan koronavirus 2

Jawapannya adalah tidak. Menurut Tracey Goldstein, seorang profesor di jabatan patologi, imunologi, dan mikrobiologi di University of California, perkara penting yang perlu diingat ialah walaupun terdapat banyak kes, namun kebanyakannya adalah tidak teruk.

"Ketika ini, saya tidak bimbangkan risiko peribadi saya," kata Tracey Goldstein.

Sekiranya anda mungkin menyentuh ramai orang, adalah penting untuk anda membasuh tangan dengan kerap. Dan ini terutamanya disebabkan kita berada dalam musim selesema.

Adakah kita perlu bimbang? 

koronavirus membunuh lebih 80 orang di china 719

Jawapannya adalah ya. Menurut Simon Anthony, ahli epidemiologi dari Universiti Columbia, kebimbangan pertama kita haruslah terhadap orang di China.

Kedua-duanya kerana virus ini, dan juga tindak balas yang begitu dahsyat yang mana menyusahkan walaupun perlu. China telah menutup perjalanan keluar dari Wuhan, di mana virus itu berasal.

Dr. Josie Golding dari Wellcome Trust berkata ketika ini, sehingga kita mempunyai lebih maklumat, sangat sukar untuk tahu betapa teruknya kita perlu risau.

Profesor Jonathan Ball, seorang pakar virus dari University of Nottingham, kita harus bimbang tentang virus yang menjangkiti manusia buat kali pertama, kerana ia telah berjaya melepasi halangan utama yang pertama.

"Sebaik sahaja di dalam sel [manusia] dan membiak, ia boleh mula menghasilkan mutasi yang membolehkan ia menyebarkan dengan lebih cekap dan menjadi lebih berbahaya. Dan kita tak mahu beri peluang kepada virus ini," kata Profesor Jonathan Ball.

Yasin Gaardo yang tinggal di Wuhan, memuat naik video di laman Twitter berkenaan pihak polis menutup jalan dan pasar raya kehabisan sayur-sayuran.

Dia juga memberitahu bahawa pengangkutan awam ditutup dan 90% daripada penduduk Wuhan tidak keluar.

Simon Anthony menambah bahawa beliau masih bimbang dengan virus ini, tetapi tidaklah berada dalam mod panik ketika ini.

Rujukan:

1. The Guardian

2. Snopes

3. Slate




Hakcipta iluminasi.com (2017)