COVID-19, penyakit yang disebabkan oleh Novel Koronavirus Coronavirus yang sedang menyerang populasi dunia, secara teknikal merupakan koronavirus utama ketiga yang menimbulkan ancaman serius terhadap kesihatan manusia dalam 20 tahun kebelakangan ini.
Dua yang sebelumnya adalah SARS atau Sindrom Pernafasan Akut Teruk dan MERS iaitu Sindrom Pernafasan Timur Tengah, yang mana kedua-duanya menimbulkan masalah kepada manusia dari awal hingga pertengahan tahun 2000-an.
BESARKAN TEKS A- A+
Kedua-duanya adalah virus berbahaya, tetapi SARS dan MERS terasa seperti pemanas badan berbanding dengan kehancuran yang disebabkan oleh COVID-19.
Dan disebabkan COVID-19 menyerang kita dengan secara mengejut, ramai yang tertanya-tanya adakah masih terdapat virus yang lebih berbahaya yang kita masih belum ketahui?
Itulah sebabnya penemuan enam koronavirus baharu dalam kelawar di Myanmar dilihat oleh beberapa pihak sebagai sesuatu yang perlu diberikan perhatian.
Koronavirus baru ini yang ditemui dalam kelawar Myanmar ini adalah sebahagian daripada inisiatif PREDICT yang dibiayai oleh kerajaan Amerika Syarikat yang bertujuan untuk mengesan penyakit yang mungkin bakal menjadi ancaman terhadap kesihatan manusia.
Projek ini dikendalikan oleh para saintis Program Kesihatan Global Smithsonian.
Para saintis ini melakukan kajian di tiga lokasi di Myanmar, dua di antaranya adalah di sistem gua di mana penduduk tempatan diketahui melakukan upacara keagamaan dan menuai sumber semula jadi berhampiran dengan kelawar tempatan.
Bagi mereka yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman tentang zoologi serta epidemiologi, merekatahu bahawa ini adalah sejenis perniagaan yang sangat berisiko.
Kelawar sememangnya merupakan suspek utama bagi pelbagai penyakit zoonotik. Apa yang dimaksudkan dengan ini adalah patogen atau virus yang berasal dari haiwan tetapi boleh berpindah kepada manusia.
Disebabkan oleh sistem imun yang kuat dimiliki kelawar, ia membolehkan haiwan ini untuk membawa penyakit zoonotik tanpa menjangkiti diri sendiri.
Dan penyakit zoonotik bukanlah penyakit yang boleh diambil mudah. Kajian menunjukkan bahawa penyakit ini bertanggungjawab terhadap 75% daripada penyakit berjangkit dalam abad terakhir sejarah manusia yang telah menyebabkan berjuta-juta kematian.
Para saintis mengganggarkan bahawa terdapat sehingga 1.6 juta virus yang masih belum ditemui dalam badan burung dan mamalia.
Sehingga tahun 2014, kelawar disahkan membawa lebih daripada 60 virus zoonotik, dari penyakit anjing gila sehinggalah kepada Ebola.
Walaupun COVID-19 dianggap berasal dari kelawar, namun para saintis beranggapan bahawa ia boleh berpindah kepada manusia melalui jangkitan vektor perantara dan bukannya jangkitan terus dari kelawar kepada manusia.
Para saintis Smithsonian ini telah mengkaji kelawar Myanmar secara menyeluruh antara 2016 dan 2018, bukan sahaja ke atas jenis-jenis kelawar tetapi juga bauntuk kelelawar yang mengagumkan, tetapi juga betapa hampirnya haiwan ini dengan penduduk tempatan.
"Guano" kelawar, atau lebih dikenali sebagai najis, sangat baik untuk dijadikan baja. Jadi, ia digunakan secara meluas oleh para petani Myanmar.
Namun ini meletakkan orang Myanmar dalam keadaan yang lebih berisiko terhadap jangkitan berbanding dengan orang lain.
Dan usaha menjalankan kajian ini bukanlah mudah.
Para saintis terlibat terpaksa memakai pakaian penuh seluruh badan yang disterilkan, lengkap dengan penutup muka, mata, but dan sarung tangan.
Mereka kemudiannya berhadapan dengan kerja yang sangat tidak perit iaitu masuk ke dalam sistem gua tempatan pada waktu malam, memasang jaring dan menunggu kelawar terjerat.
Ramai saintis yang menyifatkan kerja ini sebagai "menyeramkan", namun ia berbaloi apabila mereka mendapat hasil yang diinginkan.
Mereka juga mengorek sampel guano secara langsung dari dinding gua, yang mungkin dianggap sebagai tugas yang lebih santai namun agak menggelikan.
Para saintis Smithsonian ini mengkaji lebih daripada 464 kelawar daripada 11 spesis kelawar yang berbeza serta mengambil 759 sampel air liur dan najis.
Ia dilakukan dengan menggunakan sapuan oral dan rektum, kerana kedua-dua ini adalah cara paling biasa pemindahan virus dari kelawar.
Mereka kemudian menganalisis urutan genetik sampel dan membandingkan hasil ujian dengan genom coronavirus yang sudah diketahui, bagi mencari kemungkinan persamaan.
Dan hasilnya sangat mengejutkan, apabila 48 daripada sampel-sampel tersebut mengandungi koronavirus.
Kumpulan saintis ini memfokuskan kajian mereka terhadap tiga jenis kelawar khusus iaitu kelawar kuning rumah Greater Asiatic yang juga dikenali sebagai Scotophilus heathii, kelawar ekor berkerut atau Chaerephon plicatus, dan kelawar hidung-daun Horsfield yang juga dikenali sebagai Hipposideros larvatus.
Di antara spesis-spesis kelawar, ketiga-tiganya ditemui menjadi perumah koronavirus yang dikenali sebagai PREDICT-CoV-90, PREDICT-CoV-47, PREDICT-CoV-82, PREDICT-CoV-92, PREDICT-CoV-93 dan PREDICT-CoV-96.
Kita masih belum memahami sama ada virus-virus ini mungkin akan bermutasi pada masa akan datang dan menyebabkan bahaya kepada kesihatan manusia, yang mana menjadikan proses membiayai penyelidikan ini sangat penting.
Suzan Murray, ketua Program Kesihatan Global Smithsonian, telah menyebut bahawa pengesanan dan penyelidikan awal sebagai salah satu faktor utama untuk mencegah wabak menjadi epidemik dan pandemik.
Dengan mengkaji haiwan di kawasan yang berrisiko, di mana manusia dan haiwan berada dalam keadaan yang sangat hampir, saintis dan kerajaan dapat terus mengetahui di mana virus bermasalah berikutnya mungkin muncul.
Ketika pembangunan bandar semakin merebak ke hutan di seluruh dunia, interaksi antara manusia dan haiwan semakin meningkat.
Dan dengan ini, kemungkinan terjadinya patogen zoonotik bertambah.
Apa yang menariknya adalah ia kelihatan seperti jalan dua hala di mana terdapat kebimbangan bahawa manusia yang dijangkiti dengan COVID-19 juga boleh menyebarkan penyakit membunuh ini kembali kepada kelawar.
Kebimbangan ini sebenarnya menjadi semakin parah sehingga Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar AS telah mengeluarkan memo nasihat yang meminta ahli biologi kelawar Amerika untuk menghentikan kerja-kerja mereka buat masa ini kerana potensi risiko membahayakan subjek mereka dengan jangkitan COVID-19.
Haiwan-haiwan lain juga terkena penyakit itu dari manusia, seperti harimau yang dijangkiti COVID-19 di New York.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, adalah tidak mungkin COVID-19 mula tersebar kepada manusia secara langsung dari kelawar, jadi gesaan untuk memusnahkan haiwan ini adalah tidak masuk akal sama sekali.
Pada awal tahun 2000-an, wabak SARS berasal dari kelawar Horseshoe, tetapi ia tidak menular kepada manusia secara langsung.
Ia menjangkiti luwak terlebih dahulu sebelum tersebar kepada manusia dan sehingga kini, masih banyak ketidakpastian mengenai bagaimana COVID-19 menjangkiti manusia dari kelawar.
Rujukan:
1. Phys
2. Youtube
3. Live Science