perkosa gadis 17 tahun di kluang 9 anggota tentera direman
Sumber foto: ohsemput.com

Polis menahan reman 9 anggota tentera selama 7 hari yang dipercayai terlibat memperkosa seorang gadis berumur 17 tahun secara bergilir-gilir di Kluang, Johor Bahru pada pertengahan Disember lalu.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, kesemua suspek berumur 23 tahun itu ditahan kelmarin lalu dibenar reman bermula semalam hingga 1 Mac.

Kesemua anggota tentera dari Kem Mahkota, Kluang tersebut ditahan setelah mangsa berasal dari Kuala Krai, Kelantan membuat laporan polis di Balai Polis Kluang, sekitar pukul 8.50 pagi kelmarin.

"Saya mengesahkan laporan dibuat, sembilan yang ditahan direman tujuh hari sehingga 1 Mac," ujarnya sewaktu dihubungi, semalam.

Difahamkan sebelum insiden, mangsa bersama-sama salah seorang daripada suspek iaitu kekasihnya mendaftar masuk ke sebuah hotel di bandar Kluang pertengahan Disember lepas.

Mangsa dikatakan melakukan hubungan seks bersama kekasihnya itu lalu seramai 8 kawannya yang lain muncul dan memperkosanya secara bergilir-gilir. 

Sumber berita:

1.    Bernama

2.    Kosmo Online

3.    Utusan Online


tags : , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)