Oleh pada 08 Jan 2020 kategori

Ketika para pekerja di seluruh dunia dengan berat hatinya kembali ke pejabat untuk minggu pertama selepas cuti panjang, Perdana Menteri Finland yang baru dilantik pula sedang berusaha untuk meredahkan tekanan ke atas rakyatnya dengan berita yang sangat baik.

Sanna Marin, 34 tahun, telah mencadangkan untuk melaksanakan polisi baru dalam tempoh bekerja di Finland di mana hanya 4 hari seminggu dengan 6 jam sehari sahaja.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ini merupakan usaha untuk melakukan peralihan Finland kepada apa yang disebutnya sebagai "langkah seterusnya untuk kita dalam kehidupan kerja."

kerja terlalu lama boleh menyebabkan tekanan

Sanna Marin yang dilantik sebagai Perdana Menteri pada 10 Disember 2019, merupakan pemimpin negara paling muda di dunia ketika ini dan juga dan Perdana Menteri termuda Finland.

"Saya percaya bahawa orang berhak untuk menghabiskan lebih banyak masa dengan keluarga, orang yang disayangi, hobi dan aspek kehidupan lain, seperti budaya. Ini boleh menjadi langkah seterusnya bagi kita dalam kehidupan kerja, "kata Sanna Marin.

Maklumat lanjut berkenaan cadangan Sanna masih belum diumumkan.

Adakah pengurangan hari dan jam bekerja membawa kebaikan?

pekerja lebih gembira jika kurang bekerja

Satu tinjauan oleh Kongres Kesatuan Sekerja (TUC) mendapati bahawa 45% daripada pekerja mahu bekerja empat hari seminggu.

Menurut satu kajian oleh Henley Business School, 77% daripada pekerja berkata kerja empat hari seminggu meningkatkan kualiti hidup mereka.

Apabila bandar Gothenberg di Sweden memperkenalkan hari enam jam untuk beberapa jururawat, jururawat menjadi lebih sihat, lebih bahagia dan lebih bertenaga.

Mengurangkan waktu kerja juga baik untuk persekitaran semula jadi.

Menurut beberapa analisis, minggu kerja yang lebih pendek juga boleh membawa kepada pengurangan dalam pelepasan karbon kerana pekerja kurang menghasilkan pelepasan karbon untuk ke tempat kerja, menggunakan kurang sumber di tempat kerja dan mempunyai masa yang lebih untuk memasak serta bebelanja daripada bergantung kepada penghantaran makanan yang mana menggunakan bekas plastik.

sanna marin pemimpin negara termuda di dunia dan perdana menteri finland termuda

Walaupun minggu kerja yang lebih pendek mempunyai banyak faedah, ia bukanlah satu penyelesaian ajaib.

Wellcome Trust menarik balik rancangan untuk bekerja selama empat hari semingg dengan mengatakan ia terlalu rumit untuk dikendalikan.

Ia juga akan menelan kos yang tinggi, selain daripada majikan bimbang minggu kerja yang lebih pendek akan mewujudkan cabaran kakitangan dan menjadikannya lebih sukar untuk berkhidmat kepada pelanggan.

Para pekerja juga bimbang bahawa kurang bekerja akan menjadikan mereka malas dan cabaran-cabaran ini sangat sukar untuk diatasi.

Tetapi, mengurangkan jumlah bekerja dalam seminggu ini bukanlah sesuatu yang baru.

Pengurangan jam bekerja sudah lama wujud

pekerja dalam perjalanan ke pejabat

Sejak revolusi perindustrian, jumlah jam bekerja telah berkurangan.

Apabila jumlah jam bekerja di Britain dipotong dari kira-kira 54 jam seminggu kepada 48 jam seminggu pada tahun 1919, ia tidak memberi kesan ke atas produktiviti dan daya saing.

Pengeluar bijirin Amerika Syarikat, Kellog's, berjaya mengendalikan polisi kerja enam jam sehari di pertengahan abad ke-20. Ia hanya ditarik balik kerana pihak pengurusan mahukan firma itu mempunyai amalan kerja sama seperti syarikat lain.

Finland juga telah lama menjadi pendukung dan menyokong jadual kerja yang fleksibel.

Pada tahun 1996, kerajaan negara ini memperkenalkan undang-undang yang memberi pekerja hak untuk melaraskan waktu bekerja mereka sehingga tiga jam lebih awal atau lebih lewat daripada keperluan biasa majikan mereka.

perdana menteri finland sanna marin

(Sanna Marin, pemimpin negara termuda di dunia ketika ini dan perdana menteri Finland termuda)

Sebagai contoh, mereka boleh masuk kerja pada jam 11 pagi, yang mana pada asalnya mereka harus masuk pada jam 8 pagi.

Sejak berkhidmat dan menjadi perdana menteri termuda di dunia pada Disember 2019, Sanna Marin telah memajukan agenda itu.

Walau bagaimanapun, negara ini tidak keseorangan dengan pendirian mereka.

Pada tahun 2015, negara jiran Sweden mencuba tempoh bekerja 6 jam sehari di Gothenburg dan mendapati bahawa ia meningkatkan tahap kegembiraan orang ramai tetapi ia tinggi dari segi kos.

Sementara itu, Perancis mengurangkan minggu kerja standardnya daripada 39 jam kepada 35 jam seminggu pada tahun 2000. 

microsoft jepun melaksanakan polisi kerja 4 hari seminggu

Pandangan terhadap pengurangan jumlah jam bekerja dalam seminggu ini juga disokong oleh dunia korporat.

Pada November 2019, Microsoft Jepun mendedahkan bahawa ujian kerja selama 4 hari telah meningkatkan produktiviti sebanyak 40%.

Pada tahun 2018, sebuah firma New Zealand menyatakan bahawa percubaan 2 bulan untuk kerja selama 4 hari seminggu telah berjaya dalam meningkatkan keseimbangan kerja dengan kehidupan.

Persoalannya, adakah Malaysia mampu dan bersedia untuk melaksanakan polisi seperti ini, serta adakah ia akan memberikan manfaat kepada semua orang?

Wallahualam.

Rujukan:

1. CNBC

2. The Guardian

3. QZ




Hakcipta iluminasi.com (2017)