Oleh pada 12 Aug 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Azrel Ismail

Pelakon, Azrel Ismail, memohon maaf atas respon dan caranya membalas komen seorang peminat di laman Twitter, baru-baru ini.

Jujurnya, kata Azrel, tidak terniat sekalipun dia menimbulkan isu, sebaliknya perkataan kasar yang terbit hanya kerana dia sedang berada dalam emosi marah.

“Apapun, saya mohon maaf di atas keterlanjuran penggunaan perkataan ‘orang asli’ dalam ‘tweet’ komen yang ditulis.

“Saya memang dalam keadaan marah ketika itu. Maafkan saya,” katanya kepada Harian Metro.

perkecilkan pendidikan orang asli dan gelar peminat sampah ini kenyatan terkini azrel ismail 2

perkecilkan pendidikan orang asli dan gelar peminat sampah ini kenyatan terkini azrel ismail 3

Kredit foto: Astro Gempak

Sebelum ini, pelakon yang juga model itu dikecam kerana menggunakan perkataan 'orang asli' ketika membalas tweet pengikut yang mengkritiknya.

Azrel berkata, apa yang membangkitkan kemarahan beliau adalah apabila diterjah dengan komen berbaur provokasi serta keterlaluan.

“Saya boleh menerima teguran seandainya apa yang dikatakan itu adalah berdasarkan pada teknik lakonan.

“Tetapi, individu berkenaan tiba-tiba menyentuh mengenai otot (biceps) dan jambang yang jelas tidak ada kaitan dengan lakonan saya dalam filem Pulang,” katanya.

Tegasnya, aspek fizikal dan teknik lakonan adalah dua perkara berlainan.

Pelakon Cik Sempurna itu bagaimanapun enggan lagi memanjangkan isu yang timbul, lalu memulangkan kepada persepsi orang ramai untuk membuat penilaian sendiri.

Terdahulu, Azrel antara pelakon yang membintangi filem Pulang bersama Remy Ishak dan Puteri Aishah.

Filem arahan Kabir Bhatia dan terbitan Primework Studios itu mengangkat penceritaan kisah benar percintaan terulung.




Hakcipta iluminasi.com (2017)