Oleh pada 07 Apr 2018 kategori

selepas isu ditampar makin kecoh ini pula kenyataan terkini aiman tino 1

Kredit foto: Instagram Aiman Tino

Penyanyi, Aiman Tino, enggan berputus asa meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan atas dasar minat yang mendalam.

Aiman, 20, berkata, kontroversi drama Mak Cun musim keempat yang mengaitkan namanya baru-baru ini tidak sedikitpun membuatkan dirinya berasa serik.

“Buat apa saya nak rasa serik. Setakat 'ditampar' untuk belajar mendapatkan emosi dalam lakonan, apalah sangat.

“Ia perkara kecil saja. Malah, saya termasuk ibu bapa dan keluarga boleh menerima perkara itu dengan positif.

“Biasalah, saya minat nak berlakon, tetapi tiada pengalaman. Jadi, apa yang dilakukan kak Fazlina (Fazlina Ahmad Daud) itu sekadar mahu mengajar.

“Cuma, yang sedihnya orang luar lebih-lebih mendebatkannya hingga menjadi satu isu sedangkan di antara saya dengan kak Fazlina, kami baik dan tiada masalah,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Aiman, menjelaskan, sekiranya diberi peluang, beliau terbuka untuk bergandingan dengan Fazlina pada masa hadapan.

selepas isu ditampar makin kecoh ini pula kenyataan terkini aiman tino 2

Kredit foto: Instagram Aiman Tino

“Bekerja dengan pelakon berkaliber macam kak Fazlina, bagi saya satu peluang baik. Jadi, saya tak serik pun.

“Kalaulah ada peluang untuk kami berlakon bersama lagi, saya OK dan sedia untuk menerimanya. Apa yang saya inginkan ilmu lakonan,” katanya.

Berdepan cabang karier baru itu membuatkan Aiman sedar bukan senang rupanya memegang peranan sebagai pelakon.

Bagi Aiman atau Mohammad Aiman Yusri, biarlah kontroversi yang timbul sebelum ini dilenyapkan begitu saja tanpa perlu dihangatkan lagi.

“Kalau saya boleh tak peduli mengenai perkara itu (ditampar), harapnya orang lain yang tidak tahu kejadian sebenar jangan pula lebih-lebih.

“Kepada peminat saya, terima kasih kerana tidak jemu dan terus memberi sokongan. Jangan lupa dengar single baru saya, Ku Sesat Dalam Rindu,” katanya.

Menyentuh perkembangan kerjaya, Aiman bersyukur atas penerimaan baik peminat terhadap single terbaharunya, Ku Sesat Dalam Rindu.

Sebelum ini, cerita kononnya Fazlina menampar remaja yang amat dikenali dengan lagu Ku Rela Dibenci itu, terpampang di media serta menjadi bahan kecaman netizen terutamanya apabila video di set penggambaran drama Mak Cun musim keempat itu tersebar luas.


tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)