Oleh pada 21 Mar 2017 kategori

che ta jawab isu gelar rita rudaini betina 375

Kredit foto: Twitter Beautifulnara 

Ketika dunia hiburan digemparkan dengan berita keretakan rumah tangga Aqasha yang dikaitkan dengan pelakon Rita Rudaini sebagai orang ketiga, Rozita Che Wan atau Che Ta dikatakan masuk campur dengan memberi komen panas di laman IG Baizura (isteri Aqasha). 

che ta jawab isu gelar rita rudaini betina 2

Ramai netizen yang kurang berpuas hati dengan komen Che Ta kerana antara lain dalam komen tersebut, Che Ta ada menggelarkan orang ketiga dalam rumah tangga Aqasha dan Baizura sebagai 'betina'. Istilah tersebut mendapat kecaman kerana menurut komen balas netizen, sebagai artis senior dalam industri hiburan Che Ta sepatutnya menunjukkan contoh dan teladan yang baik. 

Namun benarkah istilah 'betina' tersebut ditujukan kepada Rita Rudaini? Dan adakah komen panas Che Ta tersebut adalah bayangan Che Ta ada isu dengan pelakon dan juga ibu tunggal itu? Jom baca luahan Che Ta. 

Sejujurnya, saya tidak tahu siapa sebenarnya orang yang dimaksudkan. Saya tak tahu langsung hujung pangkal cerita. Saya juga tidak mengenali siapa Baizura. Sebagai wanita, saya rasa tersentuh membaca luahan hati Baizura serta memahami perasaannya sebagai isteri dan ibu. Saya memahami perasaan wanita lain yang suaminya digoda. Ingin saya jelaskan yang saya tak tahu secara terperinci apa yang sedang berlaku. Siapa yang terlibat dalam hal ini pun saya tak tahu pada mulanya kerana saya memberikan komen secara general menerusi sudut pandang seorang wanita. Saya sendiri tiada isu dengan Rita. Saya tak pernah jumpa dengan Rita dan tak pernah berlakon dengan Rita. Saya tiada sebab mahu mengata atau mahu menujukan komen itu kepada Rita kerana saya sendiri tak tahu siapa yang dimaksudkan. 

Sumber: Astrogempak

Dalam kenyataan lain, Che Ta memaklumkan beliau sudah serik untuk meninggalkan komen dan mengulas sebarang isu tanpa mengetahui kisah sebenar. 

Sumber berita: myartis.com 




Hakcipta iluminasi.com (2017)