perkahwinan dengan ramli ms tak dikurniakan anak akhirnya ini tindakan alyah

Kredit foto: karangkraf.com

Penyanyi Datin Alyah mendedahkan perancangannya untuk mendapatkan zuriat dengan menggunakan kaedah perubatan alternatif iaitu rawatan kesuburan In Vitro Fertilization (IVF).

Alyah yang sudah lima tahun mendirikan rumah tangga dengan pengarah muzik, Datuk Ramli MS, berkata, dia pernah beberapa kali merujuk pusat perubatan untuk mencari penyelesaian masalah sukar hamil.

"Sebelum Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan berita kehamilannya menerusi kaedah IVF, saya sudah bertanya beberapa pusat perubatan," katanya kepada Astro Gempak.

Menurut Alyah, dia diberitahu kesibukan gaya hidupnya menjadi punca kepada masalah itu.

"Difahamkan, oleh kerana rutin dan jadual kerja saya yang sangat padat, ia menyukarkan proses untuk saya hamil.

"Tambah pula dengan pelbagai tekanan kerja dan gaya hidup.

"Jadi, saya fikir insiatif terakhir saya untuk mendapatkan zuriat menerusi teknik IVF,' katanya.

Begitupun, penyanyi berusia 37 tahun ini menangguhkan hasrat berkenaan demi memberi laluan kepada sesi promosi single terbaharunya, Jutaan Purnama sepanjang tahun ini.

Apatah lagi rawatan tersebut menuntutnya untuk berehat daripada kerjaya seni selama beberapa bulan.

"Jika saya melakukan IVF saya dikehendaki berehat selama tiga hingga empat bulan, tanpa ada tekanan mahu pun memakai kasut tumit tinggi.

"Oleh kerana single saya baru sahaja keluar, saya dahulukan komitmen kerja sepanjang tahun 2018," katanya.

Beliau membuat kenyataan di majlis sambutan hari jadinya ke-37 diadakan di Red Box Karaoke, The Curve, Damansara, baru-baru ini.

Majlis itu dimeriahkan dengan kemunculan kelab peminat Alyah4Ever serta mendapat tajaan sepenuhnya pengasas produk kesihatan Lime Shots, Datin Yulia Rosalina Yusop.

Sumber berita: Astro Gempak


tags : , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)