Oleh pada 23 Mar 2017 kategori

Satu jenayah yang sering berlaku ditandas China iaitu pencuri kertas tandas  telah mendapat penyelesainnyaselepas pegawai taman di selatan Beijing mula memasang mesin teknologi pengecaman muka untuk menghapuskan pencuri tisu tandas.

 

Park seorang pengurus di sebuah kuil yang mempunyai kawasan luas dan cantik tersebut telah menghabiskan masa selama tiga tahun menguji cara untuk menggagalkan pencuri di tandas tersebut, termasuk sistem pengesahan cap jari dan juga pengimbas laser sebelum mereka mengubahsuai ia dengan teknologi baru yang akan diperkenalkan pada hujung minggu ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

 

Menurut syarikat  yang membuat peranti tersebut, teknologi itu telah mengurangkan buangan kertas tisu sebanyak 70 peratus sejak ia telah diperkenalkan di kuil tersebut.

mengimbas muka sebelum mengambil tisu tandas

Selepas pemasang siap, terdapat beberapa orang penari yang mengambil menggunakan tandas disambut oleh suara robot : "Selamat datang Sila berdiri di zon pengiktirafan". Satu demi satu orang yang berdiri di belakang barisan kuning dapat melihat wajah mereka muncul di skrin biru byang dipasang pada dinding tersebut. Maka peranti itu hanya memperuntukan seorang hanya boleh mengambil 60 cm (23inci) kertas tandas.Jika terdapat percubaan individu yang sama untuk mengambil lebih banyak tisu di tandas tersebut dalam tempoh sembilan minit maka  mesin tersebut akan bertutur dengan nada sopan: ". Sila cuba sebentar lagi"

 

Pencuri tisu tandas selalunya akan menyeludup serta membawa pulang segulung tisu tandas tanpa disedari oleh pengawal keselamatan di kuil tersebut. Penyelesaian dengan sistem teknologi ini disambut baik oleh beberapa pelanggan tetap taman itu.

 "Ia agak baik, kerana kita dapat menggunakan tisu tandas dengan cukup," kata Pu Meilang, 68, yang kerap berjalan di kuil tersebut. "Sesuatu tindakan yang bagus."

 

Lei Zhenshan seorang pengurus pemasaran Shoulian Zhineng iaitu sebuah syarikat yang bertanggung jawab terhadap peranti tersebut yang berpangkalan di Tianjin ini telah cuba untuk menghentikan kegiatan mencuri tisu tandas ini selama bertahun tahun tetapi gagal. Pada tahun 2014, mereka melakukan eksperimen dengan cara yang berbeza untuk mengesan penggunaan tisu tandas dan akhirnya bersetuju dengan pengiktirafan muka  tetapi terda[at juga beberapa pertikaian dalaman.

 

"Ia seolah-olah sedikit janggal pada mulanya," Lei berkata, "tetapi kita perlu lihat bahawa tahap sisa tisu tandas agak teruk, dan memutuskan untuk mengambil pendekatan teknikal ini untuk membetulkan tingkah laku manusia." 

 

Beliau berkata sebelum ini mereka mengambil keputusan untuk menggunakan sistem pengimbas cap jari namun mungkin ada yang menggunakan ke semua sepuluh jari mereka untuk mengambil tisu tandas dan seterusnya pihak kuil mengambil keputusan untuk memasukan peranti baru untuk memaksimumkan catuan penggunaan tisu tandas Menurut Lei, teknologi baru ini telah mengurangkan buangan tisu tandas sebanyak 70 peratus sejak ia mula-mula dibawa ke kuil tersebut.

  pengguna mesti berada dimesin untuk diimbas

Mesin yang berjumlah lebih daripada 6,000 yuan (kira-kira RM3860) setiap satu telah  diperkenalkan pada bulan Jun di sekitar stadium Sarang Burung dalam bandar Olympic Green.

 




Hakcipta iluminasi.com (2017)