Oleh pada 04 Mar 2017 kategori

Kredit foto: Mynewshub

Hubungan penyanyi Sufian Suhaimi bersama bekas kekasihnya, Izyan dikatakan retak disebabkan pelakon comel, Elfira Loy.

Malah, Sufian turut dituduh lupa daratan akibat populariti yang dikecapi beliau kini. Ramai peminat tertanya-tanya samada dakwaan tersebut benar atau tidak.

Hubungan Sufian dan Elfira juga dikatakan semakin rapat dan bibit-bibit percintaan mula timbul antara mereka berdua. Bagaimanapun, mereka menganggap hubungan tersebut tidak lebih daripada kawan.

Ramai yang marah dengan saya kerana mereka baru jumpa gambar-gambar lama saya dengan bekas kekasih saya dan membuat kesimpulan sendiri.

Berikutan gambar Sufian bersama Izyan menjadi tular di media sosial, beliau mengakui bahawa gadis tersebut merupakan bekas kekasihnya dan enggan mengulas lanjut kerana perkara peribadi.

sufian suhaimi bersama elfira loy

Ia bukan sebab Elfira dan saya kasihan juga kerana Elfira turut terkena tempias dengan hal ini. Dia (Elfira) ada bertanya saya dan sedih bila dituduh begitu oleh netizen.

Tapi bila saya jelaskan perkara sebenar, dia faham dan tidak melayan perkara berkenaan.

Namun, terdapat juga peminat Sufian yang berpendapat beliau dan Elfira sesuai jika ditakdirkan menjadi pasangan kekasih. 

Sumber berita: mStar Online & beritamemey.blogspot.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)