penyanyi mus may koma 1

Kredit foto: Facebook Mus May

Pegawai Perhubungan Awam kepada penyanyi Mus (vokalis kumpulan May) iaitu Ayob Abd Majid mendedahkan Mus kini sedang ditahan di hospital dan berada dalam keadaan koma.

Penyanyi tersebut dilaporkan mengalami demam panas selama beberapa hari sebelum didaftarkan ke Hospital Kuala Lumpur.

Dalam pendedahan yang dibuat menerusi laman Facebook itu, Ayob turut menyeru orang ramai untuk mendoakan kesihatan Mus agar pulih seperti sedia kala.

penyanyi mus may koma 2

Kredit foto: Facebook Ayob Abd Majid 

Bagaimanapun, menerusi laporan Astro Gempak, Ayob memberitahu Mus kini berada dalam keadaan stabil dan telahpun dipindahkan daripada zon kritikal ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Sehingga kini, rakan-rakan artis tidak berhenti mengutuskan doa buat penyanyi rock tersebut. 

penyanyi mus may koma 3

Kredit foto: Astro Gempak 

Sementara itu, isteri Mus yang dikenali sebagai Sue memberitahu kesihatan Mus bertambah kritikal pada petang Isnin.

Abang Mus mengalami demam panas sejak tiga hari lalu dan hari ini (Isnin) keadaannya bertambah lemah sebelum saya menelefon ambulans untuk membawanya ke hospital.

Sumber: Mstar

Mengulas mengenai punca Mus jatuh sakit, Sue memberitahu kemungkinan suaminya itu berada dalam keadaan letih.

Buat masa ini susah saya hendak cakap tentang keadaan sebenar dan harapnya tiada yang serius.

Sumber: Mstar 


tags : , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)