mus may ambil masa untuk pulihkan ingatan 1

Kredit foto: Facebook Mus May

Sebelum ini kita telah dikejutkan dengan berita penyanyi Mus May yang dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 4 Julai lalu kerana mengalami demam panas. Beliau kemudiannya koma selama sembilan hari akibat jangkitan kuman dalam darah, dan dipindahkan ke Hospital Ampang.

Terkini, kesihatan Mus dilaporkan beransur pulih dan telahpun dibenarkan pulang ke rumah hujung minggu lalu.

mus may ambil masa untuk pulihkan ingatan 2

Kredit foto: Facebook Mus May

Namun selepas itu, beliau dimasukkan ke hospital semula kerana serangan gastrik, bagaimanapun akan dibenarkan keluar pada bila-bila masa.

Kalau semuanya sudah stabil, saya dibenarkan pulang ke rumah dan hanya perlu menjalani rawatan seminggu sekali bagi memastikan tahap darah saya kembali normal dan pulih seperti biasa.

Sumber: Mstar

Menurut Mus, dia kini dalam proses untuk mengembalikan semula sebahagian ingatannya yang hilang kesan daripada perubatan yang diambil.

Alhamdulillah, kesihatan saya semakin baik, sudah mampu bergerak dan melakukan aktiviti harian cumanya ingatan saya sedikit terbatas dan tak mampu nak mengingati semua perkara yang berlaku terutamanya hal-hal yang terjadi sebelum koma. Saya memerlukan sedikit masa dalam proses memulihkan semula ingatan dan ia mungkin kerana kesan ubat-ubatan sepanjang rawatan.

Sumber: Mstar

Difahamkan, penyanyi tersebut memerlukan dua hingga tiba bulan untuk mendapatkan kembali sepenuh ingatan.  

mus may ambil masa untuk pulihkan ingatan 3

Kredit foto: Facebook Mus May

Dalam perkembangan lain, Mus menyatakan keterujaannya untuk kembali beraksi di pentas dan menjalani rutin sebagai anak seni.

Sekarang ini semuanya semakin baik dan saya tak sabar nak menghiburkan peminat semula, cumanya saranan doktor agar saya berehat daripaada menyanyi dalam tempoh dua bulan bagi memastikan tubuh saya benar-benar kuat untuk bekerja semula.

Sumber: Mstar 


tags : , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)