penyanyi baru cassidy dedah pengalaman pertama berpuasa

Kredit foto: Facebook Cassidy La Creme

Di Malaysia, usaha meraikan rutin bulan Ramadhan tidak hanya terhad kepada umat Islam, malah masyarakat beragama lain juga tidak melepaskan peluang tersebut.

Semangat pendatang baru dalam dunia hiburan, Cassidy La Creme untuk berpuasa bersama-sama umat Islam yang lain menarik perhatian netizen baru-baru ini.

Pada jam 5 pagi, Cassidy sanggup menggagahkan dirinya untuk bangun semata-mata untuk menikmati rutin bersahur. Momen itu dikongsikan Cassidy dalam video yang dimuat naik ke Instastory miliknya, juga dikongsikan ke laman Facebook.

Cassidy mendedahkan menu sahurnya berserta ucapan,"Selamat pagi semua! Saya sudah makan sahur... Dah makan? Selamat berpuasa."

Rata-rata netizen tidak ketinggalan memberi respon kepada usaha murni penyanyi itu.

"Selamat mencuba berpuasa. Semoga berjaya. Harap awak dapat bertahan sampai waktu berbuka nanti," kata Muhammad Raffi.

"Selamat mencuba. Kalau anda mampu melakukan selama 20 hari, kita berduet nyanyi lagu raya ya," ucap Ajak Santero.

"Cassy, saya semakin jatuh sayang dengan awak. Rasa macam nak pinang awak jadi adik ipar saja," luah Nuur Sharida Shariff.

"Bukan Islampun cuba nak berpuasa. Ada segelintir orang Islam yang tak nak puasa. Tak malu pula tu makan depan orang," tulis Muhamad Syahir Yaacob. 

Untuk info, Cassidy merupakan penyanyi kelahiran Australia, namun telahpun berhijrah ke Kuala Lumpur. Cassidy gemar menyanyikan lagu-lagu melayu dan baru sahaja muncul dengan single terbaru berjudul Seperti Dia. 


tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)