Tahukah anda bahawa penyakit jantung sering dipanggil sebagai "silent killer" ?
Pengenalan tentang asas penyakit jantung
Jantung merupakan satu organ yang terpenting bagi manusia kerana tanpanya kita tidak mampu untuk hidup. Seperti yang kita tahu, tugas utama jantung adalah untuk mengepam darah ke seluruh tubuh.
Untuk pengetahuan anda, 'penyakit jantung koronari' tersenarai sebagai penyakit pembunuh nombor satu di dunia. Keadaan ini berpunca daripada pembentukan plak di dalam bahagian arteri, yang mengurangkan aliran darah ke jantung dan meningkatkan risiko serangan jantung dan komplikasi yang lain.
BESARKAN TEKS A- A+
Antara masalah penyakit jantung yang lain adalah :
#1 "Irregular heartbeat" (arrhythmias) : Aritmia jantung
#2 "Congenital heart defects" : Kecacatan jantung kongenital
#3 "Weak heart muscles" (cardiomyopathy) : Otot jantung yang lemah
#4 "Heart valve problems" : Masalah injap jantung
#5 "Heart infections" : Jangkitan jantung
#6 "Cardiovascular disease" : Penyakit kardiovaskular
Statistik penyakit jantung
Menurut kata Ketua Unit Kardiologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Datuk Dr Wan Azman Wan Ahmad, jumlah pesakit jantung di Malaysia dijangka akan meningkat sebanyak tiga peratus kepada 28 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang berbanding 25 peratus pada ketika ini. Hal ini dijangka beliau berdasarkan faktor peningkatan penyakit yang menjurus kepada serangan sakit jantung.
Secara purata, sebanyak 20,000 penduduk di negara ini diserang sakit jantung setiap tahun dan 25 peratus daripadanya berumur 50 tahun ke bawah. Menurut beliau, tahap umur ini adalah ketika mereka berada di puncak kerjaya dan apabila berlaku serangan jantung, impaknya adalah kepada kerjaya, keluarga dan masa depan.
Tanda-tanda penyakit jantung
Doktor anda mungkin akan mendiagnosis penyakit ini sehingga anda menunjukkan tanda-tanda serangan jantung atau kegagalan jantung. Tanda-tanda penyakit jantung adalah berbeza mengikut keadaan tertentu. Sebagai contoh, jika anda mempunyai 'aritmia jantung' (mengalami degupan jantung yang tidak teratur), gejalanya adalah seperti ini :
- degupan jantung yang cepat
- degupan jantung yang perlahan
- pening
- pitam
- sakit dada
- sesak nafas
Gejala bagi 'kecacatan jantung kongenital' (hadir ketika lahir), boleh dilihat jika terdapat perubahan warna kulit, seperti warna biru atau pucat. Anda juga boleh melihat bengkak di kaki dan perut di samping anda menjadi cepat letih atau mengalami sesak nafas selepas melakukan apa-apa jenis aktiviti fizikal.
Jika anda mempunyai 'otot jantung yang lemah', aktiviti fizikal juga boleh menyebabkan anda sering berasa letih dan sesak nafas. Selain itu, pening, bengkak di seluruh kaki termasuk buku lali juga adalah tanda biasa bagi penyakit ini.
Bagi gejala untuk 'jangkitan jantung' pula :
- keletihan
- batuk
- ruam
- degupan jantung yang tidak teratur
- bengkak di kaki dan perut
Sekiranya anda mengalami tanda-tanda ini, sila dapatkan rawatan doktor dengan segera. Penting untuk anda mengenal tanda-tanda awal penyakit jantung ini. Tidak kira walaupun usia anda masih muda, penyakit ini tidak mengenal usia.
Faktor-faktor risiko penyakit jantung
Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung misalnya seperti keturunan, umur atau etnik. Antara faktor-faktor lain adalah :
- merokok
- tekanan darah tinggi
- kolestrol darah tinggi
- kencing manis
- pemakanan yang tidak sihat
- kurang bersenam
- obesiti
- stress
Mendiagnosis penyakit jantung
Ujian berbeza akan digunakan untuk mendiagnosis penyakit jantung, doktor anda akan memilih ujian tertentu berdasarkan gejala yang anda hadapi dan kajian sejarah keluarga anda. Selepas anda melakukan ujian darah dan 'X-tray' dada, terdapat juga ujian lain yang anda perlu buat seperti :
- Elektrokardiogram (EKG) : ujian yang membantu doktor mengenal pasti masalah dengan rentak jantung anda
- Ekokardiogram : ujian yang menggunakan gelombang 'ultrasound' untuk melihat aliran darah melalui jantung
- CT scan jantung : X-tray yang boleh melihat jantung anda dengan jelas
- MRI jantung : ujian yang menggunakan magnet yang kuat dan gelombang radio untuk mewujudkan imej jantung dan tisu sekitarnya
- Ujian stress : ujian yang memantau keadaan jantung anda semasa melakukan aktiviti yang berat ataupun bersenam seperti menggunakan 'treadmill'
Cara untuk merawat penyakit jantung
Rawatan untuk penyakit jantung bergantung kepada sesuatu keadaan, tetapi mungkin juga termasuk dalam segi perubahan gaya hidup dan dari cara pengambilan ubat-ubatan anda. Perubahan gaya hidup adalah seperti berikut :
- Makan makanan yang sihat yang kaya dengan serat, asid lemak omega-3, buah-buahan, dan sayur-sayuran. Pilih makanan yang rendah lemak, natrium, dan kolestrol untuk membantu mengawal tekanan darah anda.
- Meningkatkan aktiviti fizikal untuk mengekalkan berat badan yang sihat, mengurangkan risiko penyakit kencing manis, dan meningkatkan tahap kolestrol. anda boleh sasarkan sekurang-kurangnya 60 minit aktiviti setiap minggu.
- Berhenti merokok kerana ia boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan komplikasi yang lain.
- Belajar bagaimana untuk menangani stress, sama ada melalui senaman, ubat-ubatan, terapi atau lain-lain.
Anda juga perlu tahu bahawa jika perubahan gaya hidup ini tidak dapat memperbaiki keadaan anda, doktor anda mungkin akan menetapkan ubat-ubatan tertentu untuk mengurangkan risiko serangan jantung atau strok. Ini termasuk ubat-ubatan yang mengurangkan tekanan darah atau mencegah pembekuan darah. Kadang-kadang ada juga prosedur lain yang perlu dilakukan. Setakat ini sahaja yang penulis boleh kongsikan.
Tujuan utama penulis menulis artikel ini adalah kerana penulis juga termasuk dalam golongan ini. Penulis berumur 25 tahun dan mempunyai 'aritmia jantung' sejak tahun 2013 yang lalu dan sekarang masih dalam rawatan. Banyak pergerakan terbatas selepas alami penyakit ini memandangkan sebelum ini penulis seorang yang sangat aktif dan sehingga sekarang penulis terpaksa bergantung dengan ubat sahaja. Tetapi, In shaa Allah pada bulan September nanti penulis akan menjalani satu prosedur rawatan 'laser' untuk merawat gangguan saraf jantung tersebut. Jika prosedur ini berjaya, sudah tentu penulis akan dapat bebas dari ubat. Ubat tak sedap lah. Doa-doakan ya. Semoga kita semua berada dalam keadaan sihat dan cepat sembuh dari segala penyakit. Sayangilah jantung anda.
Sumber: