Oleh pada 17 Feb 2020 kategori

Sehingga kini ramai yang masih mempunyai persoalan berkenaan dengan seorang manusia yang sangat mulia, bernama Khidir.

Ada yang mengatakan bahawa beliau adalah wali Allah, dan yang lain pula mendakwa bahawa Khidir merupakan seorang nabi. Malah, ada yang mengatakan bahawa beliau seorang malaikat.

Khidir adalah lelaki yang soleh dan hidup pada zaman Nabi Musa A.S.. Malah, kisah beliau terdapat dalam al-Quran yang dinyatakan dari ayat ke-60 hingga ke-82 dalam surah al-Kahfi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Khidir merupakan seorang lelaki soleh yang hidup di zaman Nabi Musa AS. Kisah Khidir telah diceritakan di dalam al-Qur’an sepertimana yang dirakamkan dalam surah al-Kahfi, daripada ayat ke-60 sehingga ayat ke-82.

Disebabkan peristiwa ajaib dan menakjubkan yang berlaku dengan izin Allah, menyebabkan nama Khidir diberikan kepada beliau. Seperti sabda Rasulullah S.A.W:

إِنَّمَا سُمِّيَ الخَضِرَ أَنَّهُ جَلَسَ عَلَى فَرْوَةٍ بَيْضَاءَ، فَإِذَا هِيَ تَهْتَزُّ مِنْ خَلْفِهِ خَضْرَاءَ

Maksudnya: “Sesungguhnya dinamakan Khidir kerana dia telah duduk di atas tanah putih (tanah yang kering tanpa tumbuhan), lalu bergoncang di belakangnya dan menjadi berwarna hijau (subur dengan tumbuhan).”  Riwayat al-Bukhari (3402) 

Menurut kebanyakan ulama, Khidir merupakan berada dalam kalangan nabi-nabi Allah. Antara yang berpegang kepada pendapat ini termasuklah al-Hafiz ibn Hajar al-‘Asqalani, Imam ibn Hajar al-Haitami, Imam ibn Hazm al-Andalusi, Imam Syihabuddin ar-Ramli, Imam asy-Syatibi, Imam al-Qurtubi, Imam ibn ‘Atiyyah al-Andalusi, Sheikh Muhammad al-Amin al-Syanqiti, Sheikh Abdul Razzaq al-‘Afifi Rahimahumullah, Sheikh Yusof al-Qaradhawi Hafizahullah dan ulama’-ulama’ selain daripada mereka. 

Pendapat ini agak kuat, menurut dalil-dalil berikut:

1. Firman Allah SWT: 

فَوَجَدَا عَبْدًا مِنْ عِبَادِنَا آتَيْنَاهُ رَحْمَةً مِنْ عِنْدِنَا وَعَلَّمْنَاهُ مِنْ لَدُنَّا عِلْمًا

Maksudnya: “Lalu mereka (Nabi Musa AS dan pembantunya) mendapati seorang hamba (Khidir) dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu dari sisi Kami”. (Surah al-Kahfi: 65)

Menurut Sheikh Muhammad al-Amin al-Syanqiti Rahimahulla, para ulama mempunyai pandangan yang berbeza sama ada Khidir adalah nabi, wali mahupun malaikat.

Namun menurut beliau, apa yang dapat difahami daripada firman Allah S.W.T dalam surah al-Kahfi ayat 65 di atas adalah bahawa "rahmat" yang disebutkan bermaksud rahmat kenabian dan ilmu ladunni merupakan wahyu yang diberikan kepada Khidir.

siapa sebenarnya khidir

Ketika mentafsirkan ayat di atas, Imam al-Qurtubi Rahimahullah menjelaskan bahawa Khidir merupakan seorang nabi di sisi kebanyakan ulama. 

Pendapat kedua pula mengatakan bahawa Khidir merupakan seorang lelaki yang soleh dan bukannya seorang nabi. 

Ayat al-Quran menjelaskan bahawa disebabkan oleh perbuatannya yang tidak boleh dilakukan melainkan dengan panduan wahyu, maka Khidir adalah seorang Nabi.

Selain itu, seseorang itu dikatakan tidak akan menuntut ilmu atau mengikuti seseorang, kecuali jika kepada mereka yang mempunyai ilmu yang lebih tinggi, serta tidak harus bagi seseorang yang bukan bergelar nabi untuk mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada seorang nabi.

Dan pendapat ketiga pula mengatakan bahawa Khidir merupakan malaikat yang diutuskan Allah S.W.T kepada Nabi Musa untuk diambil ilmu batin daripadanya.

Namun, pendapat yang sahih adalah pendapat yang pertama.

Dikatakan (pendapat ketiga) Khidir adalah seorang malaikat yang diperintahkan oleh Allah untuk Nabi Musa AS mengambil daripadanya ilmu batin. Pendapat yang sahih adalah pendapat yang pertama.

Wallahu’alam.” Rujuk al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an (11/16).

2. Firman Allah SWT: 

وَمَا فَعَلْتُهُ عَنْ أَمْرِي ذَلِكَ

Maksudnya: “Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut akal fikiranku sendiri” (Surah al-Kahfi: 82)

Berdasarkan ayat di atas, ia menjelaskan bahawa Khidir tidak melakukan perkara yang diterangkan dalam surah al-Kahfi menurut kemahuannya sendiri, sebaliknya beliau melakukan menurut perintah wahyu yang diturunkan oleh Allah S.W.T..

Menurut Imam al-Qurtubi Rahimahullah, ayat ini menegaskan bahawa Khidir merupakan seorang nabi.

Imam ibn 'Atiyyah al-Andalusi Rahimahullah juga berkata bahawa menurut kata-kata Khidir iaitu وَما فَعَلْتُهُ عَنْ أَمْرِي, ia menunjukkan bahawa beliau adalah seorang nabi.

adakah khidir seorang nabi

Dan pendapat lain ada menyebutkan bahawa Khidir adalah seorang lelaki soleh atau wali Allah. Juga ada yang berpendapat bahawa Khidir adalah seorang malaikat yang diturunkan Allah S.W.T untuk Nabi Musa A.S..

  Sheikh Abdur Rahman bin Nasir as-Sa'adi Rahimahullah berkata bahawa:

“Sesungguhnya hamba Allah yang ditemui oleh Nabi Musa AS bukanlah seorang nabi, tetapi dia adalah seorang lelaki soleh kerana dia telah disifatkan sebagai seorang hamba Allah yang dikurniakan dengan rahmat serta ilmu, dan tidak disebut bahawa dia dikurniakan risalah kenabian. Jika dia adalah seorang nabi, nescaya perkara tersebut akan disebut sepertimana halnya ke atas nabi-nabi lain” Rujuk Taisir al-Karim ar-Rahman fi Tafsir Kalam al-Manan (hlm.482).

Selain itu, perkara ini juga ditegaskan oleh Imam al-Mawardi Rahimahullah, di mana beliau berkata pendapat kedua adalah Khidir bukanlah seorang Nabi.

Sebaliknya, beliau merupakan seorang lelaki yang soleh dan dikurniakan ilmu batin yang tidak diberikan kepada orang lain.

Perkara ini dikatakan kerana seorang nabi itu mempunyai sifat untuk menyampaikan dan pergi kepada mereka yang hendak disampaikan. Akan tetapi, situasinya berbeza dengan Khidir di mana Nabi Musa A.S pergi kepadanya untuk menuntut ilmu dari Khidir.

Kesimpulan

kisah nabi khidir

Berdasarkan dalil daripada ayat-ayat al-Quran dan tafsiran dalam surah al-Kahfi ini, maka Mufti Wilayah Persekutuan berpandangan bahawa pendapat yang kuat lagi jelas adalah Khidir merupakan seorang nabi.

Dalam tahfiq beliau terhadap kitab Sahih ibn Hibban, Syeikh Syu'aib al-Arna'outh Rahimahullah menukilkan dari al-Hafiz ibn Hajar al-'Asqalani Rahimahullah:

وَكَانَ بَعْضُ أَكَابِر العُلَماءِ يَقُولُ: أَوَّل عَقْدٍ يُحِلُّ مِنْ الزَّنْدَقَةِ اِعْتِقَاد كُونِ الخضر نَبِيًّا لِأَنَّ الزَّنَادِقَةَ يَتَزَرَعُونَ بِكَوْنِهِ غَيْرَ نَبِيٍّ إِلَى أَنَّ الوَلِيَّ أَفْضَلُ مِنْ النَّبِيِّ

Maksudnya: “Sebahagian ulama’-ulama’ besar mengatakan: Ikatan pertama yang dirosakkan oleh orang-orang zindik (orang yang sesat) adalah mengenai status Khidir sebagai seorang nabi. Ini kerana orang-orang zindik memanfaatkan status Khidir sebagai seorang yang bukan nabi untuk beralasan bahawa wali lebih baik daripada nabi”. Rujuk al-Isobah fi Tamyiz as-Sohabah (2/248), Tahqiq Sahih Ibnu Hibban (14/110).

Wallahualam.

Rujukan:

1. Khidir - Nabi atau Wali Allah S.W.T?

2. Siapa Sebenarnya Nabi Khidir?

3. Kisah Nabi Khidir A.S




Hakcipta iluminasi.com (2017)