pengutip bola golf ditemui mati di kota samarahan

Sumber foto: siakapkeli.my (Gambar sekadar hiasan)

Seorang pengutip bola golf dijumpai meninggal dunia menerusi sebuah insiden di Samarahan Country Club Golf Sarawak di Kota Samarahan kelmarin.

Mangsa, Joseph Meringgai Edward Ampan (47 tahun) dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh petugas di padang golf itu pada jam 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Lee Chong Chern memberitahu, siasatan awal tidak menunjukkan sebarang unsur jenayah di tempat insiden itu berlaku.

Jelasnya, siasatan lanjut menemukan mangsa maut diyakini disebabkan serangan jantung. Ini berikutan isterinya mengatakan suaminya itu ada mengadu sakit dada lalu pergi ke padang golf itu sekitar jam 8 pagi.

Pihak polis sedang menantikan laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian mangsa.

Sementara itu, kes tersebut disifatkan sebagai mati mengejut.

Sumber berita: Kosmo Online


tags : , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)