Oleh pada 29 Jan 2018 kategori

Sumber foto: AFP / Monterrey & gulf-times.com

Sekurang-kurangnya 7 orang yang sedang menonton perlawanan bola sepak meninggal dunia akibat ditembak di sebuah kediaman di Monterrey, iaitu hab perindustrian di timur laut Mexico.

Menurut sumber, kejadian terkini tersebut meningkatkan jumlah kes pembunuhan melibatkan peminat bola sepak di negara berkenaan.

Pada tahun lepas, sebanyak 25,000 kematian direkodkan, sekaligus mencecah catatan tertinggi bagi jangka masa dua dekad. 

Menerusi serbuan tersebut, empat penyerang yang memakai hud dan memegang senjata mencerobohi kediaman di bandar raya berkenaan.

Mereka kemudiannya mengugut 20 orang yang sedang menyaksikan perlawanan bola sepak.

Tambah sumber itu lagi, beberapa penonton disuruh pergi ke bilik air sebelum ditembak, berdasarkan pengakuan oleh saksi kejadian.

Seperti majoriti daerah lain di Mexico, Monterrey diganggu keganasan berhubung najis dadah sejak beberapa tahun lalu.

Pada tahun 2006, kerajaan menjalankan operasi antidadah yang dianggap pengkritik sebagai hanya menyebabkan peningkatan kes pembunuhan dan serangan.

Sumber berita: AFP & BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)