Oleh pada 21 Feb 2017 kategori

Seorang pelajar berusia 21 tahun yang sedang menjalani latihan praktikal Ladang Teluk Sengat, Kota Tinggi ditemui mati petang semalam. 

Muhammad Azim Nazri Samsuddin yang merupakan seorang penuntut jurusan Perladangan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jasin telah ditemui oleh pekerja ladang yang keluar membuat pencarian selepas mangsa dikatakan tidak muncul-muncul selepas membuat rondaan pagi di ladang tersebut.

pelajar uitm ditemui mati dalam kawasan ladang dengan kesan tikaman di bahagian belakang badan 744

Mangsa dikhabarkan telah meminjam sebuah motosikal rakan sekerja di ladang untuk membuat rondaan di kawasan sekitar. Seorang lagi rakan yang masuk bekerja pada jam 3 petang mendapati mangsa tidak muncul-muncul. Rakan tersebut telah membuat laporan dan memulakan pencarian bersama beberapa lagi rakan sekerja yang lain.

Mereka berjaya menemui mangsa, namun mangsa sudah dalam keadaan tidak bernyawa dan berlumuran darah.

Polis mendapati terdapat satu kesan tikaman pada belakang dadanya yang didakwa sebagai punca kematian. Sebilah pisau berukuran 36 sentimeter juga ditemui tidak jauh dari tempat mangsa terbaring. 

motosikal dan sebilah pisau dijumpai tidak jauh dari tempat mangsa terbaring

Muhammad Azim sedang mengikuti latihan praktikal selama 3 bulan di situ dan dijangka menamatkan latihan praktikalnya pada 6 Mac ini. Mayat telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru untuk bedah siasat.

Kes ini masih dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mari kita sedekahkan Alfatihah kepada mangsa dan takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga mangsa.


tags : , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)