Jika anda pengguna iPhone dan ada rakan anda yang menyuruh anda menutup mata selama 5 saat, dan berkata '108' (one zero eight) kepada Siri, jangan sesekali berbuat demikian. Mereka cuba untuk kenakan anda!

108 dalam bahasa Inggeris adalah bersamaan dengan 999 di India, jadi pembantu peribadi kawalan suara mentafsirkannya sebagai panggilan kecemasan dan akan menyambungkan panggilan anda terus kepada servis kecemasan (999 di Malaysia) di kawasan anda.

BESARKAN TEKS     A-  A+

jangan terkena

Gurauan ini mungkin tidak berbahaya, tetapi dalam situasi ini anda membuang masa dan sumber servis kecemasan tersebut, yang mana bukanlah satu tindakan yang bijak. Dan juga, sesiapa yang ditangkap mempermainkan sistem kecemasan boleh mendapat masalah.

Mengapa rakan anda suruh tutup mata selamat 5 saat? Ini kerana Siri akan memberi anda selama 5 saat untuk menukar fikiran, jadi jika mata anda ditutup, anda tidak akan sedar panggilan anda disambungkan.

Namun, jika anda betul-betul berada dalam kecemasan, bolehlah berbuat demikian.

prank siri

Di England dan Wales, sesiapa yang ditangkap menggunakan rangkaian komunikasi awam untuk menyebabkan kekacauan, kegusaran, kesulitan atau kebimbangan yang sia-sia, mereka akan dikenakan denda 80 pound (RM440).

Jadi, daripada anda mencari masalah, banyak lagi cara untuk bergembira dengan menggunakan servis Siri. Contohnya, dengan bertanyakan kepada siri "What is zero divided by zero?"

Siri akan menjawab "Bayangkan jika anda mempunyai 'kosong' biskut dan bahagikan sama rata kepada 'kosong' rakan. Berapa banyak biskut seorang akan dapat. Lihat, ia tidak masuk akal, kan? Dan Cookies Monster akan bersedih kerana tiada biskut, dan anda juga bersedih kerana anda mempunyai 'kosong' kawan.

kosong bahagi kosong

Kejam betul kan Siri. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)