Oleh pada 21 Aug 2017 kategori

Perkara yang paling dibenci oleh mana-mana pengguna telefon pintar adalah melihat bateri berada di bawah 10% terutamanya ketika anda berada di luar. Ia Berdasarkan pengamatan dan pengalaman, iPhone antara telefon yang paling cepat kehabisan bateri di antara telefon pintar yang lain dan ia agak pelik kerana dengan teknologi yang tinggi dan harga yang mahal, ia masih mengalami masalah kecil seperti ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dan disebabkan ini, ia membuatkan pengguna iPhone keresahan dan mati akal setiap kali bateri mereka hampir habis.

iluminasi.com ingin berkongsi 3 tips mudah yang mampu mempercepatkan proses mengecaj iPhone anda jika telefon anda mati ketika berada di luar. Tips ini dikongsikan oleh Business Insider.

airplane

Pertamanya, sebelum mengecaj, seperti yang anda sedia maklum, setkan iPhone anda kepada mod "Airplane". Ini bagi mengurangkan penggunaan bateri oleh iPhone secara automatik seperti mencari signal dan sebagainya.

buang cover

Kemudian, jika iPhone anda mempuyai cover, adalah lebih baik anda bukakan cover tersebut kerana ia menyebabkan iPhone anda "terperap" ketika dicaj dan mengakibatkan penghasilan haba tinggi.

ipad adapter

Yang terakhir, gunakan charger iPad (jika ada) yang dapat mempercepatkan proses mengecaj iPhone.

Dengan melakukan 3 langkah mudah ini, proses mengecaj anda akan menjadi dua kali ganda lebih cepat, daripada 3% kepada 6%. Bunyi macam tak banyak beza, tetapi di saat-saat genting seperti ini, ia memberikan anda ruang untuk bernafas.

Teknik ini juga boleh digunakan oleh pengguna telefon android, kecuali kaedah terakhir.

Wallahualaum.




Hakcipta iluminasi.com (2017)