Oleh pada 09 Jun 2017 kategori

Zaman serba canggih ini boleh dikatakan semua lapisan masyarakat di Malaysia menggunakan telefon mudah alih. Walaupun masih wujud mereka yang tidak menggunakan gadjet ini namun ia menjadi satu keperluan di alam siber yang serba canggih ini. Sehinggakan murid di sekolah rendah pun sudah mempunyai telefon mudah alih sendiri.

Jika dulu, harga sebuah telefon pintar amat mahal dan hanya orang yang berada sahaja yang mampu memilikinya, namun kini tidak lagi. Teknologi semakin membangun dan banyak pengeluar-pengeluar telefon pintar kini berlumba-lumba menghasilkan gadjet yang lebih pintar dan semakin murah. Kebanyakan pengeluar yang memasarkan telefon pintar mereka dengan harga lebih murah adalah pengeluar daripada China.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda 7 telefon mudah alih termahal di dunia ketika ini.

7. Vertu Signature Cobra (RM1.54 juta)

Telefon ini berada di tangga ke-7 telefon mudah alih termahal dunia. Reka bentuknya agak ekslusif dengan kemunculan bentuk seperti ular Kobra pada kelilingnya. Telefon yang direkabentuk oleh, Bouheron, tukang emas dari Perancis ini mempunyai sebentuk berlian berbentuk pear dan berlian putih bulat, 2 bentuk emerald serta 439 bentuk rubi.

6. Gresso Luxor Las Vegas Jackpot (RM4.26 juta)

gresso luxor las vegas jackpot

Telefon ini datang daripada keturunan telefon mudah alih yang mewah iaitu Gresso dan diberi nama Luxor Las Vegas Jackpot. Panjang betul namanya. Ianya dihasilkan pada tahun 2005 di Switzerland. Percaya atau tidak, ianya diperbuat daripada emas padat seberat 180 gram. APA?? Bahagian belakang telefon ini diperbuat daripada kayu daripada Afrika yang berumur 200 tahun dan merupakan kayu termahal di dunia. Papan kekuncinya pula diperbuat daripada kristal nilam. Jika anda memiliki telefon ini anda perlu lebih berhati-hati dengan peragut. Emas tulen 180g tu!

5. Diamond Crypto Smartphone (RM5.54 juta)

diamond crypto smartphone

Direkabentuk oleh pembuat aksesori mewah dari Austria, Peter Aloisson, telefon pintar ini berasaskan Windows CE dan berada di kedudukan ke-5 telefon termahal dunia. Disempurnakan oleh 50 bentuk berlian yang mana 10 daripadanya adalah sangat jarang ditemui yang berwarna biru. ia juga mempunyai bahagian yang diperbuat daripada emas rose. Jangan cuba nak curi telefon ini kerana ia dilengkapi dengan perlindungan daripada penculikan dan peras ugut secara mail.

4. GoldVish Le Million (RM5.6 juta)

goldvish le million

Sekali pandang, langsung tak nampak macam telefon kerana terlalu cantik. Telefon ke-4 termahal di dunia ini direka oleh pereka yang banyak mereka jam dan barang kemas mewah, iaitu Emmanuel Gueit. Ia dilancarkan di Switzerland dan dianugerahkan oleh Guiness World Record sebagai telefon yang termahal di jual di Millionaire Fair di Cannes, Perancis pada September 2006. Telefon ini dihiasi dengan emas putih 18k dan berlian VVS1 20 karat.

3. iPhone 3G King’s Button (RM10.23 juta)

kings button iphone

Pelik, walaupun sudah ketinggalan teknologinya, iPhone 3G ini berada di kedudukan ke-3, yang diberi nama King's Button iPhone 3G. Juga direka oleh pereka telefon ke-5 dunia, Peter Aloisson. Sebanyak 138 bentuk berlian dihiaskan pada telefon ini yang membuatkan harganya melambung setinggi RM10.23 juta. Kau mampu? Manakala home screen button nya pula disempurnakan oleh sebentuk berlian putih 6.6 karat yang membuatkan telefon ini lebih elegan dan berseri.

2. Supreme Goldstriker iPhone 3G 32GB (RM13.65 juta)

supreme goldstriker iphone 3g 32gb

Masih dipegang oleh iPhone sebagai telefon ke-2 termahal dunia, Supreme iPhone 3G ini berharga RM13.65 juta. Mempunyai casing yang diperbuat daripada emas padat 22k seberat 271 gram dan skrinnya yang dihiasi dengan 53 bentuk berlian 1 karat. Tidak cukup dengan itu, butang home nya diselaputi dengan sebentuk berlian 7.1 karat yang jarang ditemui. Untuk menyempurnakan rekaan ini, ia didatangkan dengan sebuah kotak yang diukir daripada batu granit dan emas Kashmir. Meleleh air liur tengok telefon ini.

1. Diamond Rose iPhone 4 32GB (RM34.12 juta)

iphone 4 diamond rose

Entah nak menangis ke nak ketawa tengok harga sebuah telefon mencecah RM30 juta. Namun harus dinobatkan sebagai juara bagi kategori telefon termahal di dunia setakat ini jatuh kepada pengeluar iPhone, dengan Diamond Rose iPhone 4 32GB ini yang direka oleh Stuart Hughes. Dengan harganya yang tak terjangkau mahalnya, entah siapa yang mampu memilikinya. Keliling telefon ini diperbuat daripada emas rose dan hampir 500 berlian yang sangat mulus. Bahagian belakang telefon ini juga diperbuat daripada emas rose dan logo Apple dihiasi dengan 53 bentuk berlian lagi. Butang home telefon ini ialah platinum yang boleh ditukarganti antara potongan berlian merah jambu 7.4 karat atau berlian 8 karat di bahagian tengah butang. 

Penulis terkedu sambil membelek-belek telefon penulis yang berharga RM1200 ini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)