Oleh pada 15 Nov 2019 kategori

Nama Ahmad Suradji mungkin kedengaran asing bagi masyarakat pada hari ini tetapi ia merupakan nama yang pernah menggemparkan dunia dan menjadi bualan ramai sekitar tahun 1990-an.

bomoh pawang dukun ahmad suradji indonesia

Ini kerana pemilik nama dari Indonesia ini merupakan seorang dukun yang juga dikenali sebagai pembunuh bersiri paling kejam dalam sejarah negara itu. Bukan sedikit jumlah mangsa yang dibunuhnya tetapi sebanyak 42 orang. Jika Ahmad Suradji tidak ditangkap dan dijatuhkan hukuman, mungkin ramai lagi yang akan menjadi korbannya.

Pembunuh Bersiri Ilmu Hitam

Ahmad Suradji atau nama asalnya, Nasib, dilahirkan pada 10 Januari 1949 di Medan. Dia juga dikenali sebagai Nasib Kelewang (kerana sering mencuri lembu dengan membawa kelewang) dan Datuk Maringgi (gelaran yang diberikan kepadanya ketika menjadi dukun).

ahmad suradji

Sejak dari muda lagi, Ahmad Suradji bekerja sebagai pengembala dan penternak lembu. Selain itu, dia juga mempunyai kerjaya sebagai seorang dukun atau bomoh. Ia tidak begitu menghairankan kerana bapanya juga adalah seorang dukun di kampungnya

Ahmad Suradji mula mempelajari ilmu hitam dari bapanya seawal usia 12 tahun lagi. Namun, dia menjadi begitu serius tentang ilmu kedukunan ini ketika mencapai usia 20 tahun.

Pada tahun 1986 ketika berumur 36 tahun, Ahmad Suradji mendakwa bahawa arwah bapanya datang melawatnya dalam mimpi dan mengarahkannya untuk membunuh seramai 70 orang wanita dan meminum air liur mereka jika ingin ilmunya menjadi sempurna. Sejak itu, kegilaan Pembunuh Bersiri Ilmu Hitam ini bermula.

ahmad suradji 2

Bukan itu sahaja kisah pelik mengenai Pembunuh Bersiri Ilmu Hitam ini. Kehidupan peribadinya juga mengundang pelbagai kontroversi. Ahmad Suradji telah berkahwin dengan tiga orang isteri, di mana semuanya adalah saudara bernama Tumini, Tuminah dan Ngatiyah.

Hasil perkahwinannya songsangnya, Ahmad Suradji dikurniakan 9 orang anak yang juga tinggal serumah. Apabila perbuatannya itu ditegur ibu kandungnya sendiri, Ahmad Suradji menghalau ibunya keluar dari rumah.

Mangsa datang "menyerah diri"

beberapa lokasi mangsa ahmad suradji

Beberapa lokasi mangsa Pembunuh Bersiri Ilmu Hitam

Sebagai seorang dukun yang disegani dan terkenal, dia tidak perlu pergi mencari mangsa. Ramai pelanggan terutamanya wanita datang untuk berjumpa dengan Ahmad Suradji bagi meminta bantuan agar kelihatan lebih sihat, cantik, kaya dan membuatkan pasangan lebih setia.

Sebelum membunuh mangsa-mangsanya, dia akan mengaut keuntungan terlebih dahulu dengan mengenakan bayaran sekitar RM 1000-1200 untuk perkhidmatan yang diberikan. Dia kemudian akan membawa mangsanya ke ladang tebu berhampiran rumahnya.

ahmad suradji melakonkan bagaimana dia membunuh mangsanya

Ahmad Suradji melakonkan semula bagaimana dia membunuh mangsanya

Untuk melengkapkan ritual, mangsa-mangsanya akan ditanam sehingga paras pinggang dalam keadaan berbogel. Ahmad Suradji kemudian akan mencekik mangsa menggunakan wayar sehingga mati dan mengumpulkan air liur mereka dalam satu bekas untuk diminumnya.

Dia juga akan menghadapkan muka mangsa ke arah rumahnya supaya ilmu hitamnya semakin kuat. Dia menggunakan modus operandi yang sama ke atas semua mangsa-mangsanya. Apabila tiada pelanggan yang datang, Ahmad Suradji akan keluar mencari pelacur untuk dijadikan mangsa.

Selama 11 tahun bermula dari 1986 hingga 1997, dukun itu berjaya menyembunyikan perbuatan terkutuknya itu. Namun, kegiatan terkutuknya itu bakal berakhir. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Penemuan 42 mayat wanita

sri kemala dewi

Sri Kemala Dewi

Pada 24 April 1997, seorang gadis bernama Sri Kemala Dewi yang berusia 21 tahun telah meminta seorang penarik beca membawanya ke rumah “Datuk” dan berpesan agar merahsiakan perkara itu. Tiga hari kemudian, mayat Dewi ditemui di ladang tebu oleh penduduk tempatan yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada pihak polis.

Penarik beca bernama Andreas yang mendengar berita itu memaklumkan pihak polis bahawa dia pernah menghantar Dewi ke rumah Ahmad Suradji tiga hari sebelum itu. Berdasarkan maklumat itu, pihak polis pergi ke rumah dukun itu untuk menyoalnya.

Pada mulanya Ahmad Suradji tidak mengaku tetapi setelah rumahnya digeledah, pihak polis menemui pelbagai barangan milik Dewi dan mangsa-mangsa lain. Pembunuh Ilmu Hitam itu akhirnya mengaku telah membunuh seramai 42 orang wanita.

pihak berkuasa mencari mangsa ahmad suradji

Pihak polis mencari baki mangsa Ahmad Suradji

Namun, pihak polis tidak menolak jumlah itu mungkin lebih tinggi. Ini kerana selepas penemuan 42 mayat di ladang tebu miliknya, sebanyak 80 buah keluarga tampil membuat laporan kehilangan ahli keluarga wanita mereka.

Perbicaraan ke atas Ahmad Suradji bermula pada 21 Disember 1997. Pada 27 April 1998, pihak mahkamah mendapati Ahmad Suradji bersalah kerana melakukan pembunuhan bersiri paling teruk di Indonesia. Dia telah dijatuhkan hukuman mati.

Hukuman ditembak sehingga mati

ahmad suradji black magic indonesia

Sebelum menjalani hukuman mati, Ahmad Suradji telah dipenjarakan selama 10 tahun. Ketika dalam penjara, dia dikatakan telah bertaubat dan mendalami ilmu agama. Dia juga dikatakan telah memberikan khidmat nasihat dalam hal agama kepada banduan-banduan lain.

Pada 10 Julai 2008, Ahmad Suradji yang berumur 59 tahun telah dihukum bunuh oleh pasukan penembak. Maka berakhirlah kisah Pembunuh Bersiri Ilmu Hitam yang menggemparkan Indonesia dan seluruh dunia itu.

tumini isteri ahmad suradji

Tumini

Selain Ahmad Suradji, isteri pertamanya, Tumini, juga dijatuhkan hukuman mati kerana bersubahat dengan suaminya dalam membantu melakukan pembunuhan bersiri itu.

Rujukan:

1. Pembunuh Bersiri Ilmu Hitam dari Indonesia

2. Ahmad Suradji - Pembunuh bersiri Indonesia yang menggemparkan dunia

3. Fakta mengenai Pembunuh Ilmu Hitam Indonesia



Hakcipta iluminasi.com (2017)