Oleh pada 01 Mar 2017 kategori

Setiap orang pasti melalui proses temuduga apatah lagi apabila semakin kuat persaingan dalam mendapatkan pekerjaan. Seorang lelaki yang tidak mahu dikenali menceritakan semula pengalamannya semasa menjadi penemuduga di sebuah institusi pendidikan dan berhadapan dengan ragam calon temuduga yang tidak mencerminkan kualiti yang seiring dengan kelulusan yang diperolehi.

Bacalah kisah lelaki tersebut;

gambar ketika temu duga

Minggu lepas, hari Jumaat aku duduk dekat kaunter institut aku, sebab temujanji ditangguhkan ke petang. Banyak juga ragam manusia dapat ditonton.

Simpati betul aku tengok kerani dan admin institut melayan pelbagai jenis pertanyaan dari pelajar, bakal pelajar dan bekas pelajar yang ada. Perlu dimaklumkan, ini untuk program pascasiswazah yang pelajarnya patut mempunyai tahap kematangan dan kesedaran yang lebih.

Ada yang dah habis satu semester tapi masih lagi tak faham apa beza jadual pelajar sepenuh masa dan separuh masa.

Ada yang susah benar nak faham kelas dah penuh tak boleh nak enroll, dia berkeras jugak nak enroll dalam sesi tu sebab nak sekali dengan kawan dia.

uniten 7

Yang paling haru, pada aku lah adalah seorang lelaki ni, yang datang untuk bertanya berkenaan nak daftar masuk belajar sarjana. Soalan dia tu yang membuatkan aku bimbang.

"Saya bukan cikgu, kalau saya ambik master ni, apa faedahnya pada saya ye?" tanya dia pada kerani kaunter tersebut.

Aku duduk dalam bidang pendidikan agak lama, jadi fenomena tu aku selalu nampak. Orang belajar tanpa dia sendiri tahu kenapa dia nak belajar. Kalau belajar pun, tujuan dia selalunya salah iaitu nak meninggikan gaji.

ptg01239585

Kenapa kita belajar?

Sebab utama kita belajar adalah kerana kita tak tahu. Jadi faedah utama untuk kita belajar secara formal, adalah kerana kita dapat ubah diri kita daripada tak tahu menjadi tahu.

Jika anda sendiri tak mampu nak jawab "apa faedahnya sambung belajar pada aku?" sebelum anda sambung belajar, tak perlulah sambung belajar.

Pembelajaran itu sendiri sudah jadi satu cara untuk naik gaji. Kelulusan yang diterima seolah dah jadi satu lesen untuk kita kata "aku ada ni, jadi aku berhak demand sekian-sekian amaun."

Sedangkan melanjutkan pelajaran sebenarnya jadi bukti yang kita dah ada pengetahuan yang lebih melebihi orang lain, kerana taraf kita MASTER atau PAKAR dalam bidang tersebut atau DOKTOR FALSAFAH di mana kita mampu keluarkan ilmu baru yang tak pernah difikirkan oleh orang lain.

Berapa orang yang dah capai tahap tersebut sebelum demand gaji lebih tinggi?

Sewaktu aku kerja dulu, aku sempat jugak temuramah beberapa pemegang sarjana yang fresh grad sarjana tapi gaya dan permintaannya macam dah kerja 10 tahun. Agak tidak realistik permintaan mereka sedangkan umur baru 26 tahun, kerja tak pernah, pengalaman kerja hanya ketika latihan praktikal sewaktu buat ijazah. 

contoh soalan temuduga penguasa kastam kerja kerajaan pegawai tadbir diplomatik ptd 811

Bila ditanya kenapa terus sambung master dan tak kerja dulu, jawapan kebanyakannya sama;

"Lepas habis ijazah, saya tak dapat kerja, jadi mak ayah nasihat sambung belajar dulu sementara ada masa terluang."

Aku tak sampai hati nak tanya kenapa mereka tak dapat kerja tetapi selalunya bila tengok email "[email protected]" atau "[email protected]"  kita boleh tau dah kenapa.

Begitulah email pemegang sarjana kita gunakan untuk mohon kerja di institusi pendidikan, tuan-tuan dan puan-puan.

Nota Editor : mohon maaf kalau email yang aku gunakan sebagai contoh tu email anda. Mana aku ingat email orang aku temuramah 4 tahun lepas.


tags : , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)