Oleh pada 16 Oct 2018 kategori

Apabila Elizabeth Smith Friedman meninggalkan kolej pada tahun 1915, dia telah mendapat tawaran pekerjaan di Perpustakaan Kajian Newberry di Chicago kerana pengetahuan dan minatnya yang mendalam mengenai drama dan karya Shakespear.

Ketika ditemu duga oleh pustakawan untuk pekerjaan di perpustakaan itu, Friedman telah membincangkan keghairahannya mengenai penulis sajak dan terkenal itu. Pustakawan itu kemudian telah membuat panggilan telefon kepada seorang ahli perniagaan yang kaya bernama George Fabyan, yang juga berkongsi minat yang sama dengan Friedman terhadap Shakespear.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Panggilan telefon mengubah kehidupan Friedman

elizabeth friedman dan suami 860

Elizabeth Friedman bersama suaminya

Fabyan memang meminati drama-drama tulisan Shakespear dan dia percaya bahawa setiap karya penulis terkenal itu mengandungi mesej rahsia yang membuktikan bahawa seorang ahli falsafah terkenal bernama Francis Bacon sebenarnya adalah penulis sebenar karya drama Shakespear.

Obsesi Fabyan mengenai idea ini telah mendorongnya untuk mengupah seorang wanita bernama Elizabeth Wells Gallup untuk bekerja di makmal kriptologi miliknya bagi mengkaji mesej-mesej tersembunyi itu.

elizabeth dan george fabyan

Friedman bersama George Fabyan

Apabila dia mendapat panggilan daripada pustakawan mengenai Friedman yang mempunyai minat dan keghairahan yang sama, Fabyan telah menawarkan pekerjaan kepada Friedman dengan menyangka dia akan menjadi pasangan yang baik untuk membantu Gallup. Kini, Fabyan mempunyai dua orang codebreaker yang bernama Elizabeth, yang mempunyai minat sama dengannya.

Walaupun mempunyai sedikit latar belakang dalam matematik, Friedman telah mengembangkan kemahiran codebreaking yang hebat semasa berada di makmal itu. Setelah beberapa tahun bekerja di makmal kriptologi ini, Friedman telah membantu Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat dengan kemahiran yang dia ada.

Memecah kod gangster

pengawal pantai amerika

elizabeth smith friedman codebreaker cipher

Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat merekrut Friedman pada tahun 1921 untuk membantu Pengawal Pantai Amerika dalam memerangi penyeludupan minuman keras sewaktu era larangan minuman itu.

Pada waktu itu, para penyeludup telah menggunakan mesej radio berkod untuk menghalang Pengawal Pantai daripada mengetahui segala aktiviti operasi yang mereka rancang dan lakukan. Friedman telah membantu dengan memecahkan kod-kod tersebut.

Antara tahun 1926 hingga 1930, dia telah menyalin sebanyak 20,000 mesej setahun dalam pelbagai sistem kod yang berbeza. Apa yang lebih menakjubkan, dia merekodkan semua mesej ini ketika tiada komputer pada zaman itu untuk membantu kerja-kerja pemecah kod ini.

al capone 907

Al Capone

Sehingga hampir kepada sedekat lamanya, Friedman kemudian memberi keterangan di mahkamah terhadap para penyeludup dengan menggunakan mesej yang telah dipecahkan kodnya.

Dia telah memberi keterangan ke atas beberapa penyeludup yang agak berbahaya. Tiga orang daripada mereka adalah orang kanan kepada ketua gangster terkenal Al Capone.

Namun begitu, Friedman tetap berani melakukan apa yang dilihatnya sebagai keperluan untuk membuatkan gangster-gangster ini disabitkan kesalahan dan dihukum.

Menumpaskan perisik Nazi Jerman

nazi jerman 352

Selepas itu Perang Dunia Kedua mula meletus dan Friedman telah melakukan tugasan yang lebih berbahaya iaitu mengintip dan memecahkan kod perisik Nazi Jerman.

Semasa perang berlangsung, pihak Nazi Jerman telah menghantar para pengintipnya ke Amerika Selatan untuk mengumpulkan maklumat mengenai keupayaan ketenteraan Amerika Syarikat dan British.

kod rahsia

Antara kod rahsia Enigma

Para pengintip ini juga ingin mengadakan rampasan kuasa tentera yang akan menjadikan kerajaan Amerika Selatan lebih berpihak kepada Nazi Jerman.

Friedman dan pasukan pemecah kodnya di bawah seliaan Pengawal Pantai telah beralih arah daripada menumpukan operasi mereka terhadap penyeludup kepada pengintip Nazi. Hasil daripada kesungguhan pasukan pemecah kod ini, setiap usaha yang dijalankan perisik Nazi di Amerika Selatan berjaya digagalkan.

Lembu punya susu, sapi dapat nama

j edgar hoover

Namun, malangnya apabila sumbangan Friedman dan pasukannya terhadap perang yang melibatkan Amerika itu sebahagian besarnya tidak diiktiraf. Ini kerana selepas kemusnahan rangkaian perisik Nazi pada tahun 1944, Pengarah FBI iaitu J. Edgar Hoover mahu organisasinya yang mendapat pujian atas kejayaan itu.

J. Edgar Hoover telah mempromosikan idea di khalayak umum bahawa FBI sebenarnya yang bertanggungjawab dalam kejayaan operasi  untuk menjatuhkan rangkaian perisik Nazi.

the woman who smashed code 686

Keadaan ini dilihat tidak adil kepada Friedman kerana dunia tidak tahu bahawa Hoover dan FBI telah merompak segala pujian yang sepatutnya diberikan kepadanya kerana misi yang dilakukannya adalah misi rahsia. Selain itu, atas sebab keselamatan negara, kerajaan telah melarang Friedman untuk berbicara mengenai hal itu. Jadi, dia tidak boleh menentang kempen publisiti yang dilakukan Hoover itu.

Sehingga ke hari ini, ramai rakyat Amerika yang tidak menyedari betapa pentingnya khidmat peminat Shakespear ini dalam membantu perjuangan negara untuk menentang pengintipan Nazi Jerman. Seorang penulis iaitu Jason Fagone telah menerbitkan biografi mengenai Friedman di dalam karya terbitannya yang bertajuk The Woman Who Smashed Codes.




Hakcipta iluminasi.com (2017)