programmer cilik

Tanmay Bakshi, seorang kanak-kanak yang lahir di India tapi tinggal di Canada sudah mencipta applikasi telefon di Apple Store. Kehebatannya memang tidak boleh dinafikan kerana pencapaian ini dapat dikecapi pada waktu kecil.

Selain applikasi, banyak lagi pencapaian sudah dikecapi Tanmay Bakshi termasuk mengajar di youtube, speaker di TedX, penulis buku dan menjadi programmer termuda IBM Watson yang pernah ada.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dia pakar dalam bidang coding selain bidang sains mengalahkan pelajar-pelajar sekolah menengah walaupun umurnya yang masih muda. Komputer merupakan mainan utamanya ketika menjadi kanak-kanak.

Mula Coding seawal umur 5 tahun

kanak kanak coding

Oleh sebab ayahnya seorang programmer komputer, ketika dia berumur 5 tahun dia rasa ingin tahu tentang coding yang selalu dilakukan ayahnya. Pada ketika itu, dia menganggap coding di komputer merupakan permainan.

Pada seawal usia, kita mungkin bermain dengan mainan-mainan kecil seperti patung ultraman, kereta hot wheels dan sebagainya tetapi bagi Tanmay, mainan utama baginya ialah program coding di komputer. 

Pada umur 5 tahun, semua benda saya anggap seperti mainan. Saya tidak pernah tahu bahawa programming merupakan satu pekerjaan, yang dilakukan oleh manusia untuk mendapat duit

Mencipta applikasi di Apple Store

tanmay programmer ibm

Selepas dia mula masuk ke dunia programming, dia telah mencipta applikasinya sendiri. Pada umur 8 tahun, dia telah reka applikasinya yang pertama. Pada umur 9 tahun, kita masih belajar darab dan bahagi tapi Tanmay mengeluarkan applikasi iOS yang dipanggil "tTable" untuk membantu kanak-kanak belajar darab.

Dia boleh coding dalam bahasa Swift, VB, Java, C# dan lain-lain. Selain bahasa komputer, dia juga mempunyai ilmu yang luas dalam bidang sains, matematik, algorithma dan banyak lagi. Kanak-kanak ini boleh mengambil kertas SPM dengan mudah.

Mengajar di youtube

tanmay teaches programmer muda

Dia mempunyai akaun youtube miliknya sendiri dan akaun ini digunakan untuk mengajar tentang sains termasuk biologi dan fizik serta matematik dan yang paling penting, coding.  Akaunnya dikenali sebagai Tanmay Teaches di mana salah satu videonya menerangkan tentang bagaimana darah beku terbentuk ketika luka.

Selain itu, apa yang paling popular dalam akaunnya ialah video-video menarik applikasi iOS untuk programming. Boleh terus ke akaun dengan klik link ini

Antara speaker termuda di TedX 

kanak kanak tedx

Tanmay berumur 13 tahun ketika menceritakan tentang "Artificial Intelligent" di TedX

Bagi yang belum tahu, TedX ialah satu channel di youtube yang menjemput ramai speaker untuk memberi pendedahan tentang sains dan teknologi dan lain-lain. T untuk Technology, E untuk Education dan D untuk Design.

Dalam video tersebut, dia pernah menceritakan bagaimana dia membaiki komputer pada umur 5 tahun di tadikanya. Selain itu, dia menceritakan tentang "Artificial Intelligent" iaitu satu jenis teknologi selalu diperdebatkan yang robot akan menggantikan manusia dalam pekerjaan seharian.

Klik link untuk terus ke video: Youtube

Penulis buku "Hello Swift"

buku coding tanmay hello swift 747

Bagi memudahkan kanak-kanak ataupun sesiapa sahaja yang baru mula belajar coding, bolehlah cuba untuk belajar dari buku ini. Buku ini mengajar asas-asas yang perlu diketahui bagi seseorang yang mahu belajar coding. 

Kejayaan yang dicapai oleh Tanmay memang hebat kerana mengeluarkan buku ketika usia 13 tahun. Buku ini dijual dengan harga $29.74 di Amazon bersamaan dengan RM125.90. Bayangkan berapa keuntungan yang diraih oleh dia pada usia muda.

Programmer Termuda di IBM Watson

programmer cilik ibm watson

Pada umur usia 12 tahun, IBM Watson menjemput Tanmay untuk bekerja dengan mereka. Alangkah indahnya jika kita sudah mempunyai kerjaya seawal usia 12 tahun dengan susur salur wang yang banyak. IBM Watson adalah sebuah syarikat yang sistem komputer yang menjawab soalan dalam bentuk bahasa komputer.

Untuk lebih mudah faham, teknologi yang dikeluarkan oleh IBM Watson digunakan dengan menganalisis apa-apa soalan untuk mengeluarkan jawapan yang bernas beserta bukti. Tanmay pernah mengeluarkan applikasi yang serupa seperti Siri dan Cortana

kanak kanak cilik pengeluar software

Kejayaan anak kecil ini patut dijadikan inspirasi kita untuk menuntut ilmu. Cintanya terhadap komputer membuatkan dia terus belajar pada usia yang muda.




Hakcipta iluminasi.com (2017)