Oleh pada 17 Feb 2018 kategori

Sumber foto: mStar Online (Gambar sekadar hiasan)

Akibat memotong barisan sewaktu menimbang kelapa sawit, seorang pemandu lori menemui ajal dipercayai dibunuh berdekatan Kampung Ulu Sapi, Jalan Sapi-Nangoh di Beluran kelmarin.

Menerusi insiden pada jam 11 pagi itu, mangsa berumur 30-an disyaki ditikam oleh seorang lelaki di bahagian lelaki lengan, belakang dan dada kanan.

Suspek berumur 20-an yang turut merupakan pemandu jentera berat membawa kelapa sawit dilaporkan telah berbalah bersama mangsa sehari sebelum insiden.

Mangsa didakwa memotong barisan sewaktu mereka sedang menimbang hasil kutipan kelapa sawit.

Berasa marah dengan perbuatan mangsa, suspek dipercayai mengawasi pergerakan lelaki tersebut sehingga ke tempat insiden lalu menyerangnya.

Superintendan V. Shivananthan selaku Ketua Polis Daerah Beluran mengakui tentang insiden berkenaan.

"Suspek ditahan pukul 4.30 petang semalam (Khamis) bagi membantu siasatan," jelasnya semalam.

Siasatan kes itu dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber berita: Kosmo Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)