Oleh pada 22 Dec 2017 kategori

Sumber foto di atas: Youtube IrdinaChannelYoutube Anis Ezati

Dayana Amerda merupakan juara pertandingan nyanyian kanak-kanak siaran TV9, "Idola Kecil" musim kedua. Pada ketika itu, Dayana membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 10,000.

Pada tahun 2011, beliau telah pun berjaya mempunyai album sendiri berjudul "Impian Yang Satu". Album mini ini menampilkan 3 buah lagu, iaitu "Satu Impian", "Impian Yang Satu" dan "Fahamilah".

Selain menyanyi, Dayana turut berjinak-jinak menjadi seorang pelakon. Beliau juga pernah berlakon dalam beberapa drama dan filem seperti "Idola Kecil 2: The Series", "Misteri Rumah Tua", "Qaseh Bunian", "Pondok Plastik Tepi Kubur", "Pengancam Perkahwinan", "Elly dan Epit", "Elly dan Epit 2" dan "Ariana Rose".

Malah, Dayana tampil menonjolkan bakatnya sebagai pengacara menerusi program televisyen seperti "Berita Adik TV9" (TV9), "V Squad" (ntv7) dan "Cutipedia" (Astro TVIQ). 

Mari kita sama-sama lihat foto terkini pemilik nama sebenar Siti Amirah Dayana binti Mohd ini yang sudah berumur 18 tahun dan manis berhijab.

dayanaidolakecil1

dayanaidolakecil2

dayanaidolakecil3

dayanaidolakecil4

dayanaidolakecil5 556

dayanaidolakecil6 40

dayanaidolakecil7

dayanaidolakecil8

dayanaidolakecil9

dayanaidolakecil10

Sumber berita: Wikipedia

Sumber foto: Instagram.com/dayanaamerda   




Hakcipta iluminasi.com (2017)