Kredit foto: Instagram Caprice

Yang Berhormat Nurul Izzah Anwar selaku Ahli Parlimen Permatang Pauh memuji semangat perjuangan jihad ditunjukkan penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice.

YB Izzah berkata, inisiatif artis berusia 31 tahun itu dalam memanfaatkan media sosial sebagai medium untuk memenuhi matlamatnya, diakui mencuri perhatian.

“Saya baru sahaja berjumpa dengan Caprice baru-baru ini dan melihat cara dia menggunakan media sosial dan bagaimana dia mengembangkan pendapat yang positif untuk memastikan kita terus berjihad dalam pendidikan," katanya.

nurul izzah suka cara caprice 2

Kredit foto: Instagram Hot FM

Ulasan itu dinyatakan Ahli Parlimen Permatang Pauh berkenaan, sewaktu menjadi jemputan di konti radio Hot FM, bagi menjawab isu penggunaan media sosial di kalangan masyarakat.

Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR, dalam masa sama, menganggap tindakan sesetengah individu menjadikan media sosial sebagai ruang untuk mencipta populariti, adalah menyedihkan.

“Menyedihkanlah macam tu.” katanya.

Caprice yang juga bertindak sebagai penceramah motivasi, terkenal sebagai selebriti yang lantang bersuara dalam mengenengahkan isu-isu semasa khususnya berkaitan seni dan hiburan.

Namun pengasas aplikasi Mengaji.Com itu turut dilabel dengan gelaran 'pakcik bawang' oleh segelintir pihak.

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)