Oleh pada 20 May 2017 kategori

Jutawan kosmetik, Nur Sajat memang cukup dikenali ramai bukan sahaja kerana bisnes produk kecantikan yang dimilikinya tetapi juga dirinya yang seringkali dicemuh sebagai seorang 'transgender'.

Apa yang mengejutkan,  baru-baru ini Nur Sajat telah dianugerahkan dengan Selempang Tokoh Srikandi Tun Puteh oleh Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi.

Penyampaian anugerah berkenaan berlangsung bersempena Majlis Santapan Di Raja dan Penganugerahan Tokoh Persilatan Srikandi Negara di JW Marriot Hotel, Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

nur sajat terima anugerah tokoh persilatan srikandi negara 1

Untuk pengetahuan, majlis penganugerahan itu diadakan bertujuan untuk menghargai jasa dan sumbangan golongan wanita dari seluruh negara dalam pelbagai bidang yang mencetuskan kesejahteraan rakyat dan negara. 

Sumber: artisbuzz.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)