Oleh pada 02 Jun 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Nur Sajat 

Sebelum ini, usahawan kometik Nur Sajat telah tampil dengan beberapa siri foto yang memaparkannya bersama seorang lelaki berbadan sado.

Foto yang dimuat naik ke laman Instagram itu menimbulkan teka-teki di kalangan peminatnya kerana Sajat tidak memaparkan wajah sebenar lelaki tersebut.

Ramai yang membuat andaian lelaki berkenaan adalah kekasihnya, malah beberapa nama lelaki popular di Malaysia dipetik sebagai ramalan kepada identiti sebenar lelaki itu.

Berang dengan spekulasi yang dibuat tanpa bukti, Sajat tampil memberikan pendedahan sebenar.

Apa-apa yang berlaku pada saya sebagai ‘public figure’, orang kenal jadi macam-macam orang buat ramalan. Saya hanya buat strategi pemasaran untuk melariskan produk dan bisnes. Saya sebenarnya bahagia bersama keluarga, anak-anak dan kawan-kawan. Itu sebahagian daripada strategi pemasaran… bila kita berpasangan, apakah yang kita perlu ada pada diri kita? Antaranya kecantikan, rupa paras dan kasih sayang. Jadi, semua kapsyen termasuk beberapa gambar di Instagram sebelum ini semuanya melibatkan produk-produk saya. Diharap penjelasan saya ini dapat menjawab segala persoalan dan salah faham semua. Saya berharap anda semua terus menyokong produk-produk kecantikan dan penjagaan diri saya. Terima kasih kerana memberi sokongan.

Sumber: Mstar

abang sado didakwa kekasih ini jawapan sebenar nur sajat 2

Kredit foto: Instagram Nur Sajat 




Hakcipta iluminasi.com (2017)