Oleh pada 27 Feb 2017 kategori

Nokia akhirnya mengumumkan secara rasmi telefon Nokia 3310 di Barcelona sebentar tadi setelah pelbagai khabar angin mengenai telefon lagenda tersebut tersebar baru-baru ini.

Biarpun masih mengekalkan sistem keypad yang sama, telefon berkenaan memperkenalkan ciri menarik reka bentuknya yang baharu dan moden selain mudah untuk digunakan. 

Malah, 3310 juga dilengkapi dengan skrin QVGA berwarna 2.4 inci, sistem pengoperasian yang ditambah baik, kamera 2MP serta slot memori microSD.

Menurut portal Wiser.my, bateri telefon itu mampu bertahan selama sebulan dalam mod standby manakala bagi masa berbual selama 22 jam.

Apa yang dapat dikatakan, Nokia 3310 merupakan telefon backup terbaik sekiranya anda sedang mencari telefon kedua. Dari segi harga pula, telefon terbabit dijual pada harga $52 (RM230).

Sumber berita: Facebook Wiser.my & Siakapkeli




Hakcipta iluminasi.com (2017)