Kredit foto: Instagram @davidteo99
Pelakon Nina Iskandar bersama suaminya, penolong pengarah, Azlan Adzanan atau lebih popular sebagai 'Lan Lebah' mengadakan majlis resepsi perkahwinan, semalam (Ahad).
Pihak pengurusannya berkata, pasangan itu terlebih dahulu diijabkabul pada April lalu, namun kerana tuntutan aktiviti seni yang padat, majlis resepsi ditangguhkan ke tempoh empat bulan berikutnya.
“Jadual penggambaran yang padat sehingga menyebabkan majlis resepsi ini diadakan pada bulan ini,” kata wakil pengurusannya daripada MIG Metrowealth.
Kredit foto: Instagram @davidteo99
Difahamkan, majlis ijabkabul mereka pada empat bulan lalu itu diadakan secara sederhana dengan dimeriahkan kunjungan ahli keluarga daripada kedua-dua belah pihak.
Manakala, acara resepsi yang berlangsung di Forest Valley Hall, Cheras semalam disertai kehadiran anggota keluarga, selain rakan selebriti seperti Amyra Rosli, Ayda Jebat dan Sissy Iman.
Terdahulu, Nina memuat naik foto dan video momen rakan-rakannya menerima kad undangan perkahwinan di Instagram pada pagi Ahad.
Dia dan suami dikatakan mula berkawan sejak menjayakan drama Setelah Cinta Itu Pergi arahan Heykal Hanifah.
Mac lalu, Nina yang juga pelakon kelahiran Brunei ini dikaitkan sebagai punca pergolakan rumah tangga pengarah terbabit, meskipun dinafikan olehnya dalam sebuah sidang media.
Pelakon Cinta Bukan Kristal itu juga mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menyebarkan fitnah tersebut menerusi tindakan undang-undang.
Untuk rekod, Lan berpisah dengan bekas isterinya yang juga seorang pramugari pada Februari lalu selepas sembilan tahun usia perkahwinan.
Sumber berita: Mstar