Oleh pada 26 Jan 2018 kategori

Sumber foto: Mynewshub

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak menahan seorang pengerusi syarikat perunding kejuruteraan bergelar Datuk Seri setelah diyakini terbabit dalam kajian projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Sumber berkata, suspek (62 tahun) diyakini terbabit dengan menyediakan dokumen tuntutan palsu bagi kajian kebolehlaksanaan tiga jalan utama dan terowong dasar laut berkenaan yang berjumlah sekitar RM305 juta kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Suspek ditangkap sewaktu datang bagi memberikan keterangan di Ibu pejabat SPRM Putrajaya pada pukul 2.44 petang Selasa lepas.

Sehingga Selasa lepas, seramai empat individu telah ditahan SPRM untuk membantu siasatan tentang projek kontroversi berkenaan.

Dalam pada itu, Datuk Seri Azam Baki selaku Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM semasa dihubungi mengakui penahanan itu, tetapi tidak mahu memberi kenyataan panjang lebar.

Sumber berita: Utusan Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)