Oleh pada 02 Oct 2017 kategori

Sumber foto asal: Instagram.com/normanhakim_786

Pelakon Norman Hakim baru-baru ini memuatnaik sebuah rakaman video menerusi Instagram miliknya yang kelihatan sungguh romantik melayan kerenah isterinya, Memey Suhaiza yang sedang sakit.

Melalui rakaman berdurasi 60 saat berkenaan, Norman sedang memandu kereta bagi memenuhi permintaan isterinya itu sambil Memey baring di lengan Norman.

Kasihan baby besar kita tak sihat, baru nak letak kepala tetiba dia meragam batuk-batuk, tak boleh tidur katanya.


Dia minta bawa pusing-pusing naik kereta sampai dia tertidur, lepas itu kalau dah tertidur suruh dukung naik rumah.

Sifat penyayang yang dimiliki Norman mendapat reaksi positif daripada para netizen yang berbangga dengan layanan yang diberkan terhadap isteri tercintanya itu.

Pelawak Shuib Sepahtu juga tidak ketinggalan memuji tindakan Norman Hakim.


Ini Champion... Real man is family man, salute Norman!

Mari kita sama-sama mendoakan supaya pasangan ini sentiasa kekal bahagia dan dilimpahi rezeki yang mencurah-curah.

Sumber berita: mStar Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)