Oleh pada 16 May 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Nelydia Senrose

Setelah dua tahun gagal dalam hubungan cinta bersama pelakon Qi Razali, status percintaan terkini aktres Nelydia Senrose masih menjadi tanda tanya ramai.

Apatah lagi sejak kebelakangan ini pelakon jelita itu sepi daripada sebarang gosip.

Ketika persoalan itu diajukan kepadanya, Nelydia akui dia masih mengimpikan kehidupan berpasangan seperti manusia lain. 

Namun dengan pengalaman percintaannya yang pernah terkubur, dia menjadi lebih tidak terburu-buru dan kurang mendesak. 

nelydia senrose tidak terburu buru soal cinta 2

Kredit foto: Instagram Nelydia Senrose

Saya masih ‘single’. Selepas melalui fasa hubungan yang lama, yang kemudiannya tidak berpihak kepada diri ini, ia membuatkan saya bagai tersedar daripada lamunan. Cinta juga kini bukanlah keutamaan dan saya sendiri tidak memberikan tumpuan kepada perkara itu. Lagipun, tiada rezeki untuk saya bercinta dengan sesiapa. Selepas putus cinta, hala tuju saya lebih kepada kerjaya, keluarga, perniagaan dan diri sendiri. Buat masa ini, saya tidak mahu terdesak mencari cinta. Bagaimanapun saya yakin, akan ada juga jodoh untuk saya satu hari nanti. Andainya dipanjangkan umur dan ada rezeki, saya juga mahu berkahwin seperti orang lain.

Sumber: BH Online

Semoga Nelydia akan bertemu lelaki yang mampu membuka pintu hatinya suatu hari nanti.

nelydia senrose tidak terburu buru soal cinta 3

Kredit foto: Instagram Nelydia Senrose 




Hakcipta iluminasi.com (2017)