Kredit foto: Malay Mail Online

Pada bulan lepas, pelakon Nelydia Senrose telah dikenakan waran tangkap oleh LHDN terhadap dakwaan gagal membayar cukai pendapatan.

Baru-baru ini, Nelydia menjelaskan perkembangan mengenai isu tersebut dengan mengatakan ianya telah selesai.

Mengakui terdapat kecuaian dan kesilapan dari pihaknya, Nelydia berharap perkara berkenaan tidak dipanjangkan lagi.

Saya anggap perkara itu sudah selesai dan tak perlu dipanjangkan. Ada salah faham antara saya dan LHDN. Saya mengaku khilaf disebabkan ada perkara yang terlepas pandang. Saya patut lihat hal ini dengan lebih mendalam dan teliti.

Sebelum ini, Nelydia menghadapi 5 pertuduhan disebabkan gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang mengkehendakinya mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi 5 tahun taksiran.

Difahamkan, Nelydia gagal mengemukakan borang taksiran bagi tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013 dan turut satu lagi tuduhan iaitu gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 Akta Cukai Pendapatan 1967, bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada pihak LHDN.

Sumber: BH Online & beautifulnara.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)