nelydia senrose dikenakan waran tangkap

Kredit foto: alchetron.com

Akibat gagal menghadiri prosiding kes melibatkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pelakon Nelydia Senrose akhirnya diberi waran tangkap dan sedang diburu pihak berkuasa.

Menurut pihak LHDN, Nelydia menghadapi lima pertuduhan disebabkan gagal mematuhi notis Akta Cukai Pendapatan bagi lima tahun.

Nelydia dikehendaki mengemukakan Borang B bagi lima tahun taksiran iaitu pada tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013. Saman sudah diserahkan kepada tertuduh dengan sempurna pada 11 April lalu mengkehendaki tertuduh hadir sesi sebutan kes pada 12 April di Mahkamah Majistret Shah Alam tetapi tertuduh atau sebarang wakil gagal hadir.Kegagalan mematuhi kedua-dua notis tersebut merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 120(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967. Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak kurang daripada RM200 dan tidak lebih daripada RM20,000 atau boleh dihukum penjara tidak lebih dari enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Harian Metro

Selain itu, Nelydia juga menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 ACP1967 untuk mengemukakan maklumat secara lisan kepada pihak LHDN.

Sumber: thetrendingnow.blogspot.com


tags : , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)