nelydiafattah

Kredit: Instagram @fashasandha

 

Menerusi sebuah foto yang dimuatnaik di Instagram, pelakon Nelydia Senrose dikecam netizen yang menganggap tindakannya memegang Fattah Amin sebagai kurang sesuai.

 

Beliau dinasihatkan supaya menjaga diri memandangkan kedua-dua mereka sudah berumahtangga dengan pasangan masing-masing.

 

"Tidak perlu rasanya bergambar rapat sebegitu. Fikirlah perasaan Fazura," nasihat seorang netizen.

  

 

Tidak kurang ada yang berasa pelik kerana Fattah dikatakan tidak pernah bergambar sambil bersentuhan.

 

"Rasanya Fattah tidak pernah sebegini. Tetapi, mungkin beliau yang didekati untuk bergambar.

 

"Mungkin juga Fattah serba salah untuk betulkan atau jauhkan kedudukan kerana kedua-duanya adalah perempuan," jelas seorang netizen.

  

 

Terdapat juga mereka yang mempertahankan Nelydia dengan mengatakan beliau masih tahu batasan memandangkan Fattah mengenakan baju lengan panjang.

 

"Hanya rapat sahaja tetapi tidak bersentuhan kulit. Bahagian yang dipegang berlapik dengan baju," komen seorang netizen.

 

Dalam pada itu, menyangkakan tangan kanan Nelydia merangkul lengan Fattah, segelintir netizen berasa terhibur apabila mengetahui ianya adalah tangan Fattah sendiri.

 

"Mulus sungguh jari Fattah, hampir keliru dengan jari Nelydia," tulis seorang netizen.

 

Komen Pilihan

  

nelydiass

 

"Ini kenyataan drama tempatan dimana kebanyakan hero dan heroin telah berkahwin.

 

"Sudah seperti tidak ramai pelapis di kalangan pelakon muda untuk memegang watak utama," keluh seorang netizen.

 

Sumber: Instagram Fasha Sandha 



Hakcipta iluminasi.com (2017)