Selamat tahun baru 2019! Eh, tahun ini adalah tahun 2019 kan?
Tapi, bagaimana kalau ada yang memberitahu anda tahun ini bukan 2019? Bagaimana jika ada yang mengatakan tahun ini adalah tahun 108, ataupun tahun 4717?
Adakah anda akan percaya? Sebenarnya, memang wujud tahun-tahun yang dinyatakan di atas.
Walaupun hampir kesemua negara di atas dunia ini menggunakan kalendar gregory, namun terdapat pengecualian terhadap beberapa negara.
BESARKAN TEKS A- A+
iluminasi.com kongsikan perspektif berbeza dari seluruh pelusuk dunia dengan menyenaraikan negara-negara yang tidak menggunakan kalendar Gregory.
Korea Utara
Adakah anda tahu bahawa Korea Utara walaupun menggunakan kalendar Gregorian, namun berbuat demikian dengan versi yang diubahsuai?
Kalendar tersebut dikenali sebagai kalendar Juche dan ia berdasarkan tahun di mana pemimpin pertama mereka, Kim Il Sung dilahirkan.
Tahun kelahiran Kim Il Sung adalah tahun 1912, dikenali sebagai tahun pertama dalam kalendar Juche.
Ini menjadikan kalendar Korea Utara ketinggalan sekitar 1911tahun di belakang kalendar yang kita gunakan.
Ketika hampir seluruh dunia meraikan kedatangan tahun baru 2019, tarikh semasa di Korea Utara adalah tahun 108.
Nama kalendar "Juche" adalah bersempena sistem Juche, yang merupakan ideologi rasmi Korea Utara.
Korea Utara dikenali sebagai negara terpencil, sebab itu anda mesti menyertai salah satu pelbagai Korea Utara Tours untuk memasuki negara ini.
Akibatnya, pada 8 Julai 1997, kerajaan Korea Utara memutuskan bahawa salah satu cara untuk menegaskan tentang kemerdekaan mereka adalah dengan menggunakan kalendar yang diubah suai ini.
Walau bagaimanapun, sejak tahun 2003, situasi menjadi lebih rumit apabila Korea Utara mula merayakan tahun baru mereka ketika tahun baru lunar.
Perayaan ini adalah sama dengan jiran mereka iaitu Korea Selatan Selatan dan negara besar di sebelah barat, China.
Walaupun beberapa perkara di Korea Utara mungkin memerlukan panduan untuk membiasakan diri, tetapi negara ini meraikan Tahun Baru dengan cara yang sama seperti negara-negara lain.
Pada malam tahun baru, rakyat Korea Utara akan berjalan-jalan di Pyongyang untuk melihat ledakan bunga api besar yang biasa kita lihat.
Perayaan rakyat diadakan dan masyarakat berkumpul untuk meraikannya. Permainan layang-layang adalah sesuatu yang biasa pada hari ini dan golongan muda biasanya diberikan wang saku oleh mereka yang lebih tua.
Dan sudah tentu Korea Utara menggabungkan beberapa aktiviti tambahan yang mana tak dapat dilakukan di negara-negara lain. Antaranya termasuklah lawatan wajib ke patung Gangsa Kim Il Sung dan anaknya, Kim Jong Il.
Menurut laporan, lawatan ini menjadi keutamaan melebihi lawatan ke tanah perkuburan ahli keluarga bagi rakyat Korea Utara.
China
Mungkin ada yang tak tahu, tetapi kalender Lunar Cina adalah kalendar kedua paling terkenal di seluruh dunia.
Seperti yang telah dinyatakan, Korea Utara menggunakannya untuk meraikan tahun baru, bersama-sama dengan Korea Selatan dan banyak negara Asia Timur yang lain.
Menurut kalendar tahun Lunar China, tarikh semasa iaitu pada 1 Januari 2019 (01/01/2019) adalah bersamaan dengan hari ke-26, bulan ke-11 dan tahun 4716.
Dan walaupun kalendar rasmi di China masih kalendar Gregorian, namun kalendar lunar China sebahagian besarnya digunakan untuk perayaan dan perkara-perkara yang lebih tradisional.
Dan apa yang istimewa tentang mempunyai 2 kalendar adalah, jika anda orang Cina, anda akan mempunyai dua hari lahir!.
Tahun baru Lunar Cina diraikan hampir di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Di China sendiri, acara itu diraikan secara besar-besaran dan dikenali sebagai penghijrahan terbesar manusia di Bumi setiap tahun.
Warga China akan pulang ke kampung halaman yang terletak jauh dari tempat mereka bekerja untuk bertemu dengan ahli keluarga dan menikmati hidangan makanan Tahun Baru.
Sesetengah daripada mereka akan menaiki motosikal sebagai sebahagian daripada armada motosikal terbesar di dunia mengembara merentasi negara.
Kanak-kanak pula biasanya akan diberikan angpau yang mengandungi sejumlah wang yang besar untuk membantu menyokong pembelajaran dan kehidupan mereka.
Dan sudah tentu anda akan melihat letupan bunga api di mana-mana bahagian di negara ini. Jika anda berada di Shanghai atau Beijing, anda akan dapat melihat orang ramai memenuhi jalanan sehingga lewat malam.
Juga, letupan dan tembakan bunga api biasanya membuatkan anda berasa seperti di medan perang.
Arab Saudi
Tahun ini adalah tahun 1440, menurut kalendar Islam atau kalendar Hijrah yang digunakan di Arab Saudi dan beberapa negara Islam lain, termasuk Malaysia.
Tahun baru kalendar Hijrah lebih dikenali sebagai Awal Muharram atau Maal Hijrah.
Walaupun negara ini juga menggunakan kalendar Gregory, sama seperti China, mereka juga menggunakan kalendar Hijrah untuk meraikan tradisi dan perayaan.
Malah, kebanyakan peristiwa biasanya memaparkan dua tarikh, iaitu mengikut kalendar Hijrah dan Gregory.
Sudah pasti ramai di antara kita tahu, namun bagi yang tidak mengetahui, Awal Muharram merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam, iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.
Kalendar Islam lebih pendek berbanding kalendar Gregory bermakna tahun baru akan jatuh pada hari yang berlainan setiap tahun. Untuk tahun 2018, tahun baru jatuh pada 11 September dan pada tahun 2019, ia jatuh pada 31 Ogos.
Awal Muharram tidak diraikan sama seperti tahun-tahun baru yang lain. Daripada mengadakan pesta dan perayaan bunga api, ia lebih digunakan sebagai masa untuk refleksi diri dan memikirkan tentang sejarah, rakyat, dan agama.