Kredit foto: Instagram Neelofa

Baru-baru ini, Malam Throwbaek Drama menobatkan Neelofa sebagai pemenang bagi kategori Heroin Throwbaek dan Kapel Throwbaek. Malah drama lakonannya, Suri Hati Mr. Pilot juga membolot tiga anugerah lain iaitu Hero Terbaik (Fattah Amin), OST Throwbaek (Selamanya Cinta) dan Drama Throwbaek. 

Menerusi kemenangan tersebut, Neelofa melahirkan penghargaan yang tidak terhingga kepada para peminat yang sentiasa menyokongnya. 

neelofa tukar fikiran kerana kejayaan suri hati mr pilot 2

Kredit foto: Instagram Neelofa

Malah dia mengakui, drama fenomena itu banyak memberi impak yang tidak pernah terjangka dalam kerjayanya. 

Alhamdulillah, terima kasih kepada semua peminat atas penghargaan di Malam Throwbaek Drama. Kemunculan semula saya dalam drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot meninggalkan impak tersendiri. Sejujurnya, drama bersiri ini banyak mengubah perjalanan karier saya sebagai anak seni. Suri Hati Mr. Pilot banyak membuka pintu baru untuk saya. Sepanjang tujuh tahun berkecimpung dalam bidang hiburan, drama bersiri ini banyak mengubah liku dan perjalanan hidup saya sebagai anak seni dan jua sebagai seorang insan. Jika dahulu, saya menghargai dan menyayangi kehadiran peminat, selepas kejayaan drama bersiri tersebut, perasaan itu bertambah. Saya merasakan pelajaran terbesar saya selepas fenomena drama bersiri tersebut adalah saya lebih menghargai mereka.

Sumber: Astro Gempak 

Menurut Neelofa lagi, drama tersebut juga telah mengubah fikirannya untuk kembali aktif dalam dunia lakonan. Sebelum ini fokusnya hanyalah dalam bidang perniagaan dan pengacaraan. 

neelofa tukar fikiran kerana kejayaan suri hati mr pilot 3

Kredit foto: Instagram Neelofa

Jika sebelum ini saya sering memfokuskan kerjaya saya dalam bidang pengacaraan dan perniagaan, selepas ini saya juga harus memikirkan mengenai dunia lakonan. Saya akan memilih untuk berlakon dalam satu drama bersiri setahun untuk mengekalkan momentum tersebut. Ini semua tanda penghargaan saya kepada peminat.

Sumber: Astro Gempak 

Dalam perkembangan lain, pertengahan April ini Neelofa bakal berganding sekali lagi bersama pelakon Fattah Amin untuk penggambaran telefilem Suri Hati Mr. Pilot Raya. Selepas Hari Raya Aidilfitri pula, beliau akan terlibat dalam penggambaran drama bersiri terbaru 'Red Velvet' yang menggandingkannya bersama pelakon Alif Satar. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)