Kredit foto: Astro Gempak

Berkongsi video membantu seorang kanak-kanak dipercayai daripada geng 'basikal lajak', pelawak Shahrol (Shiro) mencuri tumpuan ramai di laman Instagram.

Dalam rakaman itu, kelihatan Shahrol tampil memapah kanak-kanak lelaki yang tertiarap di tengah jalan raya.

Budak lelaki itu kemudiannya memaut peha Shahrol untuk bangun sebelum beliau dibawa ke tepi jalan.

Selain Shahrol, seorang lagi kanak-kanak lain dan penunggang sebuah motorsikal bermurah hati menghulurkan bantuan.

Bercerita pengalaman yang dilalui, Shahrol menerusi ruangan kaspyen berkata, pada awalnya dia ternampak lima orang kanak-kanak menuruni bukit dengan membawa basikal, sebelum rakannya mengambil keputusan untuk merakamkan aksi mereka.

Namun situasi bertukar sebaliknya apabila salah seorang daripadanya terjatuh.

"Adik, abang tahu hati adik kering... hati kering biar kena tempat!

"Kalau abang laju dah tentu awak dekat bawah kereta dan abang ke dalam dulu untuk bantu siasatan," tulisnya.

Shahrul memberhentikan kenderaannya untuk memberi bantuan.

Dalam pada itu, ahli kumpulan lawak Shiro ini berharap agar para ibu bapa lebih prihatin terhadap aktiviti anak-anak mereka.

"Kepada ibu bapa, saya minta tolong sangat-sangat, pantaulah anak-anak anda. Mereka adalah harta yang tidak ternilai buat kita.

"Kepada adik-adik basikal lajak, kalau kawan tanya 'nak berembat on tak on? Jangan kasi on! Adik-adik mampu merubahnya," serunya. 

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)