ajak shiro sebak baca mesej whatsapp shahrol 1

Kredit foto: malay.ava360.com

Pelawak Ajak Shiro merasa terkesan selepas membaca ucapan Whatsapp daripada rakan sepasukannya di Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017, Shahrol 

Kiriman Whatsapp tersebut didedahkan sendiri oleh Ajak menerusi akaun Instagram beliau.

ajak shiro sebak baca mesej whatsapp shahrol 2

Kredit foto: Instagram Ajak Shiro

Menerusi perbualan teks itu, Shahrol melahirkan rasa bersalah kerana beranggapan kelemahan persembahan mereka dalam minggu suku akhir MLM adalah berpunca daripadanya.

Namun Ajak menerusi kiriman balasnya menenangkan Shahrol dengan memberikan kata-kata semangat agar mereka dapat kembali menggegarkan pertandingan pada minggu hadapan.

Selain foto perbualan yang dimuat naik, Ajak turut meluahkan kekesalannya menerusi ruangan kapsyen. 

Ini luahan Ajak:

Aku tak tau kenapa aku touching dapat mesej kau...Maaf semua fans...Kami pun kecewa persembahan kedua tadi...Insyaallah kami perbaiki minggu depan...Ingat tak apa ko cakap dulu? "Jom Jak! Xde Kau Xde Aku!"@shahrol_shiro @shironattorsfc_official @shiro_troopers @ajaklovers_official. #Buddies #Friendship #Shiro 

Manakala di ruangan komen, para pengikut mereka mengagumi semangat pasukan yang ditonjolkan oleh kumpulan ini. Malah peminat turut berharap agar Shiro bersikap positif dengan memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan. 

ajak shiro sebak baca mesej whatsapp shahrol 3

Kumpulan Shiro layak untuk mara ke peringkat seterusnya - minggu separuh akhir MLM 2017. Seramai lima peserta bakal bersaing bagi merebut tempat di peringkat akhir. Minggu separuh akhir musim ini akan membawa tema ‘Duit dan Parodi’. 


tags : , , , , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)