Oleh pada 09 May 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Ajak Shiro

Kumpulan Shiro tidak mahu persembahan kedua mereka di Maharaja Lawak Mega Akhir 2017 (MLM 2017) dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

Menurut Shiro, meskipun persembahan tersebut dilihat sesetengah individu sebagai bersifat sinikal, namun mereka tidak mempunyai niat untuk mempersendakan pihak tertentu.

jangan politikkan persembahan kami shiro 2

Kredit foto: Instagram Ajak Shiro

Persembahan kami tidak menyindir mana-mana pihak, kenapa perlu dipolitikkan? Rasanya tidak ada isu yang perlu dimainkan berkaitan persembahan kami kerana kami tidak menujukannya kepada sesiapa kerana ia umum. Lagipun jika anda mengikuti kumpulan Shiro dari Raja Lawak 6, anda pasti tahu bagaimana 'content' yang kami bawakan.

Sumber: Astro Gempak

Malah, Shahrol juga menegaskan persembahan-persembahan lawak mereka sepanjang MLM 2017 turut mendapat sokongan daripada pelbagai pihak termasuklah wakil rakyat.

jangan politikkan persembahan kami shiro 3

Kredit foto: Instagram Ajak Shiro

Saya ada menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada beberapa wakil rakyat yang memuji persembahan kami. Mereka juga suka dengan mesej yang dibawa oleh Shiro dan meminta kami mengekalkan lawak yang menyelitkan unsur moral dan nasihat.

Sumber: Astro Gempak

Pada pertandingan akhir MLM 2017 yang berlangsung Jumaat lalu, kumpulan Shiro berada di kedudukan kedua dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM250,000 serta trofi sumbangan Astro. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)