Oleh pada 29 Aug 2017 kategori

gempa bumi tohoku

Tanggal 11 Mac 2011, pada jam 2.46 petang, satu gempa bumi yang diberi nama "The Great East Japan Earthquake" dengan magnitud 9.0 telah menggegarkan bumi Jepun dan menyebabkan kemusnahan luar biasa di bahagian utara negara itu terutamanya di wilayah Fukushima, Miyagi dan Iwate.

Gegaran tersebut juga telah mengakibatkan berlakunya tsunami yang telah menyebabkan kerosakan pada infrastruktur sekitar yang mencetuskan satu tragedi yang mengubah wilayah Fukushima selama-lamanya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Gempa bumi yang berpusat 130 kilometer dari luar bandar wilayah Miyagi itu dikategorikan sebagai sesuatu yang jarang berlaku kerana ia adalah gempa bumi rumit yang berganda, membuatkan ia berlarutan selama 3 minit. Dasar laut yang mempunyai keluasan 650km utara-selatan telah bergerak sejauh 10 hingga 20 meter secara mendatar. Gempa bumi ini juga menyebabkan Jepun bergerak beberapa meter ke timur dan pantai-pantai sekitar menurun setengah meter. 

kejadian gempa bumi tohoku

tohoku earthquake

gempa bumi tohoku 2 407

Tsunami yang terhasil akibat gempa bumi ini telah menenggelamkan 560 kilometer persegi kawasan dan menyebabkan kematian sebanyak 19,000 nyawa. Lebih buruk, tsunami ini juga telah mencetuskan kemalangan nuklear yang terburuk selepas tragedi Chernobyl. Loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi yang terletak di pantai Laut Pasifik adalah antara infrastruktur yang paling teruk terjejas, yang mengakitbakn berlakunya tragedi yang tak akan dilupakan oleh penuduk wilayah Fukushima. 

Mengetahui berlakunya tsunami tersebut, reaktor yang aktif telah memberhentikan tindak balas pembelahan nuklear secara automatik. Malangnya, kesan daripada tsunami tersebut telah melumpuhkan penjana elektrik kecemasan yang sepatutnya memberikan kuasa bagi mengawal penyejukan reaktor-reaktor tersebut. Disebabkan kegagalan penyejukan reaktor-reaktor ini, telah berlakunya peleburan nuklear, letupan hidrogen dan juga pelepasan bahan radioaktif oleh Unit 1, 2, dan tiga selama 3 hari.

fukushima daiichi 694

fukushima daiichi 2

Kegagalan sistem penyejukan itu juga telah menyebabkan pelepasan haba oleh batang bahan api yang mengakibatkan kolam simpanan minyak terpakai di Reaktor 4 menjadi terlampau panas.

Fasiliti pempaipan, bekalan kuasa luaran dan kuasa sandaran semuanya telah musnah. Untuk mengurangkan tekanan dalaman dan letupan hydroponik oleh reaktor-reaktor ini, bahan-bahan radioaktif tersebut terpaksa dilepaskan keluar menyebabkan kawasan sekitar tercemar.

Jumlah bahan radioaktif yang dilepaskan ke udara adalah sebanyak 770,000 tera Bq sehingga awal April 2011, menurut anggaran yang dibuat berdasarkan data dari TEPCO (Tokyo Electric Power Company Holdings). Jumlah ini dikatakan adalah 20% daripada jumlah yang bahan radioaktif dilepaskan dalam kemalangan nuklear terburuk dalam sejarah iaitu Chernobyl pada tahun 1986, yang dikategorikan sebagai kemalangan tahap 7 iaitu yang tertinggi.

fukushima daiichi 3

Pada 12 April, Agensi Keselamatan Nuklear dan Industri Jepun telah mengumumkan bahawa tahap kemalangan telah meningkat dari tahap 5 kepada tahap 7.

Pada mulanya, kerajaan Jepun telah mengarahkan pemindahan dilakukan bagi mereka yang tinggal di dalam kawasan 3 kilometer dari pusat janakuasa nuklear tersebut. Namun, kerajaan terpaksa meluaskan kawasan pemindahan kepada 20 kilometer dari tempat kejadian dan bagi mereka yang tinggal dalam jarak 20 hingga 30 kilometer diarahkan supaya tidak keluar dari kediaman masing-masing.

Orang awam terputus bekalan keperluan seperti makanan, ubatan dan petrol. Tablet iodin telah diedarkan kepada orang awam oleh majlis perbandaran yang bertanggungjawab untuk mengurangkan risiko barah tiroid, walaupun kerajaan Jepun sendiri tidak memberikan arahan tersebut.

Terdapat juga majlis-majlis perbandaran yang tidak mengarahkan orang awam supaya tinggal di rumah dan tidak berkeliaran walaupun tahap radiasi dilaporkan dalam keadaan sangat berbahaya di kawasan tersebut.

kerosakan 711

pemindahan

pemindahan 2 28

Pada malam ke 14 dan 15, pencemaran semakin meningkat dan kerajaan Amerika Syarikat telah mengarahkan rakyatnya supaya berpindah keluar daripada lingkaran 80 kilometer dari tempat kejadian. Pencemaran itu bukan satu pencemaran berpusat yang bergerak secara sekata ke kawasan berdekatan sebaliknya bergantung kepada arah angin dan bentuk muka bumi.

Menurut sumber, tiada kematian dicatatkan akibat radiasi oleh kemalangan nuklear ini, namun lebih daripada 100,000 penduduk telah kehilangan tempat tinggal dan berpindah keluar bagi memastikan tiada kes yang lebih buruk. 

Lebih daripada 1 juta bangunan telah rosak dan musnah akibat gempa bumi dan tsunami ini, yang menyebabkan 470,000 penduduk perlu berpindah. Namun, hanya 154,000 penduduk sahaja yang berpindah keluar.

keow wee loong 14

Bangunan terjejas akibat gempa bumi

keow wee loong 4

Lorong-lorong jalanan yang kosong

keow wee loong 3

Kelihatan seperti tiada apa yang berlaku

keow wee loong 2

Kalendar yang masih menunjukkan Mac 2011

namie

Stesen keretapi Namie yang ditinggalkan

Beberapa tahun selepas kejadian ini, seorang jurugambar warga Malaysia telah memasuki kawasan larangan zon merah ini untuk mengambil gambar. Keow Wee Loong atau dikenali sebagai Kiwi memberitahu terlalu banyak prosedur untuk memasuki kawasan itu sehingga mengambil masa 3 hingga 4 minggu, membuatkan beliau menggunakan jalan hutan tanpa dikesan pihak berkuasa dan masuk ke kawasan tersebut.

Bercadang untuk membeli sut yang lebih sesuai untuk memasuki kawasan itu, namun dompetnya telah dicuri di Tokyo menyebabkan beliau terpaksa masuk dengan apa yang ada.

keow wee loong 8

Barangan runcit bersepah di atas lantai

keow wee loong 10

Listerine yang masih kelihatan baru

keow wee loong 11

Pasar masih terdapat barang jualan

keow wee loong 6

Konsol PlayStation 2 

Menurut Kiwi, tiada manusia ditemui di kawasan tersebut sejak 5 tahun yang lalu dan bau bahan kimia masih kuat di bandar itu menyebabkan matanya terasa pedih. Beliau yang menghabiskan 13 jam di kawasan tercemar oleh bahan radioaktif itu tidak memakai sut keselamatan kerana wangnya dicuri ketika di Tokyo. Kiwi tidak mengalami apa-apa masalah kesihatan daripada lawatan berbahaya itu.

keow wee loong 5

Rumah terbiar

keow wee loong 20

Petunjuk arah ke loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi

keow wee loong 22

Kereta-kereta terbiar usang

keow wee loong 23

McDonald kelihatan masih utuh

Kredit gambar : Keow Wee Loong

Rujukan :

1. World Nuclear

2. Fukushima On The Globe




Hakcipta iluminasi.com (2017)