Kredit foto: Instagram Neelofa

Pelakon dan pengacara, Neelofa bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat Jenamasendiri.com susulan kenyataan billboard besar yang telah memalukannya.

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor berkata, dia tidak akan membiarkan pihak berkenaan terlepas daripada kesalahan yang dilakukan mereka.

neelofa akhirnya tampil beri respon isu billboard menghinanya 2

Kredit foto: Beautifulnara

"Saya takkan beri mereka peluang. Saya juga tak akan diamkan saja perkara itu begitu saja," ujarnya kepada New Straits Times.

Terdahulu, syarikat yang mengeluarkan produk OEM, Jenamasendiri.com mempamerkan kenyataan iklan di sebuah billboard besar yang didirikan di Lebuhraya Persekutuan.

Kenyataan iklan itu berbunyi, "Kepada Lofa. sesungguhnya zoo lebih mulia daripada Zouk. Dakwah ikhlas dari Jenamasendiri.com.”

Ia dilihat sebagai penghinaan kepada pemilik jenama Naelofar Hijab ini susulan kontroversi majlis hari jadi dan pelancaran koleksi tudungnya, Be Lofa di pusat hiburan Zouk, hampir dua bulan lalu.

Menerusi media sosial, netizen menyelar syarikat berkenaan kerana menganggap tindakan mereka seakan terdesak ingin mempromosikan perniagaan dengan menggunakan isu Neelofa sebagai bahan untuk memancing perhatian umum.




Hakcipta iluminasi.com (2017)