Kredit foto: Instagram Neelofa

Siapa tidak kenal dengan aktres Neelofa, seorang pelakon, pengacara, usahawan dan model iklan terkenal di Malaysia.

Dilahirkan pada 10 Februari 1989, di Pasir Mas, Kelantan, beliau merupakan anak ketiga daripada sembilan adik-beradik, dan mempunyai lima adik-beradik berlainan bapa.

Bapanya berketurunan Melayu, manakala ibunya, Noor Kartini Noor Mohamed pula berdarah kacukan Pakistan dan Arab.

Difahamkan namanya adalah bersempena dengan nama "Niloufar" yang membawa maksud bunga teratai, namun di kalangan keluarga dan teman rapat, beliau lebih mesra disapa dengan panggilan 'Lofa'.

Selepas meraih pencapaian cemerlang dalam UPSR (ujian sekolah rendah) iaitu 5A, Neelofa menyambung pengajian di sekolah menengah, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi, seterusnya mencapai semua A dalam kedua-dua peperiksaan, PMR mahupun SPM iaitu masing-masing 8A dan 10A.

Menuntut di pusat pengajian tinggi, beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran, Kolej Universiti Sunway (kini Universiti Sunway) di Bandar Sunway, Selangor.

Khas buat anda, berikut kami kongsikan 4 keping foto Neelofa sewaktu zaman persekolahannya.

4 gambar neelofa ketika zaman persekolahan tersebar 2

4 gambar neelofa ketika zaman persekolahan tersebar 3

4 gambar neelofa ketika zaman persekolahan tersebar 4

4 gambar neelofa ketika zaman persekolahan tersebar 5

Kredit foto: duniagegar.blogspot.my

Sumber berita: Wikipedia




Hakcipta iluminasi.com (2017)