Oleh pada 13 Jan 2018 kategori

Sumber foto: Facebook.com/najibrazak 

8 Januari lalu Perdana Menteri dan rombongan mengerjakan umrah berikutan lawatan kerja ke Arab Saudi atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud.

Najib dan rombongan diberi taraf tetamu negara oleh kerajaan Arab Saudi. Lawatan tersebut bagi membincangkan isu dua hala yang sepertimana dipersetujui kedua-dua negara semasa lawatan Raja Salman ke Malaysia tahun lalu.

10 Januari pula Najib dan keluarga telah diberi kebenaran untuk masuk ke makam Rasulullah S.A.W. dan juga melawat Raudhah selepas solat Isyak di Masjid Nabawi di Madinah. Najib amat bersyukur mendapat kebenaran dan penghormatan itu dari Raja Salman.

"Kami bersyukur dapat memasuki makam Nabi Muhammad dan diberi penghormatan berbuat demikian kerana ia hanya diberikan kepada tetamu istimewa Kerajaan Arab Saudi dan tidak ramai mendapat peluang itu," katanya.

najib menjadi tetamu istimewa kerajaan arab saudi 1

Sumber foto: Facebook.com/najibrazak

Najib juga diberi peluang untuk masuk ke Kaabah pada hari berikutnya semasa menunaikan umrah di Mekkah.

"Allahuakbar, rasa cukup terharu dan bersyukur diberi berpeluang memasuki Kaabah, melihat rumah Allah. Syukur Alhamdulillah," kata Perdana Menteri di dalam laman sosial rasminya.

Najib mengerjakan tawaf bersama ahli keluarganya termasuk ibu, Tun Rahah Mohammad Noah dan isteri, Rosmah Mansur. Najib menyatakan syukur kerana dapat mengerjakan ibadah rukun tawaf tersebut.

"Syukur Allah kurniakan rahmat kesihatan dapat tawaf bersama bonda dan keluarga. Alhamdulillah," katanya.

najib menjadi tetamu istimewa kerajaan arab saudi 2

Sumber foto: Mynewshub

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)