nahas maut basikal lajak

Sumber foto: buasirotak.blogspot.com 

Ibnu Ahmad Ahmad Nais, 16, dan seorang rakannya maut di lokasi kemalangan.

Kejadian kira-kira jam 11 malam itu, melibatkan dua remaja maut, manakala seorang lagi patah bahu selepas dirempuh sebuah kereta ketika menunggang 'basikal lajak'. Kejadian berlaku pada waktu malam (10 Januari) di Jalan Kampung Maju Jaya, Pekan Nanas Pontian.

Manakala pemandu kereta Toyota Altis yang terlibat dengan kemalangan tidak mengalami sebarang kecederaan. Lelaki berkenaan berusia lingkungan 30-an.

Ini kejadian kedua selepas lapan remaja linkungan usia 13 hingga 17 tahun dan lapan lagi cedera termasuk dua kritikal ekoran dirempuh sebuah kereta ketika menunggang basikal secara berkumpulan di Jalan Lingkaran Dalam pada 18 Februari tahun lalu.

Fazli Hashim, 36, seorang penduduk kampung di situ merupakan saksi kejadian yang berada berhampiran lokasi kejadian.

"Kami nampak arwah bertiga dengan rakannya bermain basikal. Tiba-tiba saya dengar bunyi dentuman dan apabila menoleh, saya nampak sebuah basikal melambung tinggi.

"Saya berlari ke tempat kejadian dan awalnya nampak seorang remaja berdiri dan tidak cedera. Seorang penduduk menyuluh lampu ke parit berhampiran lalu ternampak seorang daripada mereka tertiarap dengan kepala berdarah.

"Seorang lagi remaja ditemui dalam parit agak jauh (tercampak) dari lokasi kejadian. Penduduk segera menghubungi pihak polis bagi melaporkan kejadian," katanya ketika ditemui pagi tadi.

Kumpulan remaja terbabit baru pulang daripada perjumpaan kumpulan kompang di sebuah rumah tidak jauh dari tempat kemalangan, menurut Fazli.

Bechik Kadasek, 73, nenek kepada Ibnu Ahmad, yang dimaklumkan jirannya pada jam 11 malam tentang kemalangan terbabit tidak menyangka gurauan cucunya tengah hari semalam menjadi kenyataan.

"Semalam dia ada tanya saya bila datuknya meninggal dan kata dia (cucu) 'macam nak jalan dulu'," katanya.

Sumber berita: BH Online


tags : , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)